Selepas mengaku bersalah atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan pada 6 April lalu, Mahkamah Majistret Seremban, memerintahkan anggota kumpulan Senario Lan Pet Pet membayar denda RM2,000.
Memetik Utusan, mangsa, Yahya Manap, 68, bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Warga emas itu dikatakan terkejut kerana jumlah denda dikenakan terhadap Lan atau Mazlan Ahmad, 49, tidak memadai dengan kecederaan dialaminya dalam kejadian berkenaan. “Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula? “Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya yang nekad mengemukakan saman malu ke atas Lan.
Jika diikutkan kata hati, warga emas itu mahu menyaman pelawak terbabit sebanyak RM3 juta. Dia bagaimanapun menyerahkan urusan terbabit kepada peguam yang dipilih menantunya. Pada 6 April lalu, Lan didakwa memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai dipercayai akibat berang ditegur selepas tidak membuat catitan dalam buku pelawat. - CARI
|
dua_chzy replied at 15-4-2019 03:22 PM
Lan pepet buat hapa di apartment tu? Lawat puki haram ka?
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...
brego replied at 15-4-2019 03:28 PM
asal road rage, tak puas hati dengan satu driver.
driver tu lari masuk apartment dia,
pak gad ta ...
Jajabeans replied at 15-4-2019 03:27 PM
Fuhh 3 juta kauu.. Mesti dh ada lawyer yg tgh cocok pakcik ni suruh proceed court case. Tpi rm2k je ...
Noraniza_Iblis replied at 15-4-2019 03:40 PM
agak2 laa pakcik..
bukan nk bekap lan pet pet..
tp munasabah la skit..
Noraniza_Iblis replied at 15-4-2019 03:40 PM
agak2 laa pakcik..
bukan nk bekap lan pet pet..
tp munasabah la skit..
tumpanglalu74 replied at 15-4-2019 03:34 PM
Alkisahnye..
Aku pon ade kisah gak tapi kat Mekah. Mula tu aku tak sanggop share takot dia ingat ...
kucingitam replied at 15-4-2019 04:15 PM
ke dia nak panggil jemaah msia berkumpul?
ADVERTISEMENT