Tidak dapat dinafikan yang penerbit drama Datuk A Aida memiliki bentuk badan yang cantik dari zaman anak dara sehingga lah menginjak ke usia 49 tahun.
Bekerja keras untuk memastikan tubuh badan sihat dan kekal cantik, Aida yang suatu ketika dahulu juga merupakan pelakon mengakui mahu tetap kelihatan 'sado' atau tegap walaupun sudah mencapai usia 60 tahun. Menerusi laporan Harian Metro, Aida mengatakan yang dia mahu mendapatkan semula bentuk badannya ketika di zaman remaja dengan melakukan senaman di gimnasium. "Sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium," ujar Aida mengakui dia berhenti seketika dari dunia senaman sebelum kembali aktif beberapa tahun ini.
Tambah Aida lagi, ketika remaja dia memiliki bentuk badan seperti Alicia Vikander yang memegang watak sebagai Lara Croft dalam filem Tomb Raider dan tidak mustahil untuk dia mendapatkan kembali bentuk badan sebegitu. Mengakui bentuk tubuh yang dimilikinya sekarang membuatkan dia menjadi lebih yakin diri, Aida berkata yang dia tidak mahu badannya menggelebeh apabila umur semakin meningkat. "Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak je," ujar Aida seperti yang dipetik dari Harian Metro. Mahu menjadi sumber inspirasi wanita lain, Aida sempat berpesan kepada wanita untuk menjaga kesihatan dan bentuk badan walaupun sudah lanjut usia.-CARI
|
MadameOnion replied at 15-4-2019 03:48 PM
dahsyat betui push up ditambah padding..kalau tidak mesti kecut melayut je kan
ADVERTISEMENT