Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan isu tidak enak mengenai pelancong dari tanah besar China.
Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi kejadian menjijikkan di Pantai Batu 5, Port Dickson, di mana beberapa pelancong dari negara itu dilihat 'membuat tahi' di pantai berkenaan. Bukannya budak kecil lagi nak separuh bogel dan membuang air besar di depan khalayak. Siap ada yang berjaga lagi di sebelahnya! Memang kaum kerabat mereka dari yang kecil sampai ke tua jenis melepas merata-rata tidak seperti orang bertamadunkah?
Memang menjijikkan! Mungkin orang kita akan berfikir berkali-kali sebelum bermandi-manda di pantai selepas ini. Bagaimanapun, tidak dinafikan pengunjung dari tanah besar merupakan penyumbang terbesar dalam ekonomi pelancongan negara. Mungkin kerajaan boleh mengenakan tindakan seperti denda sewajarnya agar pelancong menjaga adab dan tingkah laku mereka di sini. - CARI
|
shernazz replied at 15-4-2019 01:47 PM
Ada.skali iols pegi rnr mana tah..tapah kot
Iols cr toilet kosong
Ada nyonya ni xkunci pintu n ber ...
ayorsuam replied at 15-4-2019 01:42 PM
Kat r&r kalau depa yg p toilet dulu, lupakn lah niat. Tahan kencing, berentila kat r&r yg berikutnya ...
ADVERTISEMENT