CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersekedudukan Hampir 10 Tahun

26-9-2013 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14502| Komen: 107


Penguatkuasa Jaij Batu Pahat mengambil keterangan wanita berkenaan, awal pagi semalam.

BATU PAHAT - Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini  akhirnya terbongkar.

Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat.

Turut menyertai serbuan itu adalah anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan yang didakwa  bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama  dengan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.

“Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan  sebagainya,” katanya, di sini.

Saiful Ariffin berkata, hasil  pemeriksaan lanjut dalam sebuah  bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur.
Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.

Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.

“Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai berhubung  kesalahan yang dilakukan

“Kita menasihatkan agar  keluarga memainkan peranan  penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.

Saiful Ariffin memberitahu,  operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin  menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan  kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti itu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 26-9-2013 08:41 AM
Tiru ummah kekosen...
Quote ladyfree 26-9-2013 08:42 AM
Batu Pahat lagiiiiiii
Quote gaara_X 26-9-2013 08:45 AM
hebat.....langsung tak takut kat Allah......
Quote neotoxin 26-9-2013 08:45 AM
ladyfree posted on 26-9-2013 08:42 AM
Batu Pahat lagiiiiiii
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama  dengan mendiamkan diri.
Pelakunya dari negeri lain
Quote jazaa001 26-9-2013 08:46 AM
ladyfree posted on 26-9-2013 08:42 AM
Batu Pahat lagiiiiiii

Skrg byk org kelantan yg kerja kat johor.....

Mgkin tanak dgr peyno meroyan......


Quote AHMADVW 26-9-2013 08:46 AM
batu pahat, dh taw umah mane
Quote sapp73 26-9-2013 08:47 AM
Lamanya bersekedudukan sampai 10thn:Q...semoga kembali ke pangkal jalan
Quote jazaa001 26-9-2013 08:48 AM
Mcmana dah 10 thun baru skrg nak tangkap?......:Q



Quote jazaa001 26-9-2013 08:48 AM
AHMADVW posted on 26-9-2013 08:46 AM
batu pahat, dh taw umah mane

Ummah mana?......
Quote wajaman 26-9-2013 08:50 AM
lembu pnya susu,sapi dpt nama....jauh noooo dr kelantan dtg wat maksiat kt batu pahat...da la aku org batu pahat,x psl2 aku rasa  turut terpalit dgn kegiatan ini
Quote zorrro_03 26-9-2013 08:54 AM
AHMADVW posted on 26-9-2013 08:46 AM
batu pahat, dh taw umah mane

sahih ummah umno. ce tgk gambar poster najib posing maut di hujung sana....




hidup umno  
Quote AHMADVW 26-9-2013 08:55 AM
zorrro_03 posted on 26-9-2013 08:54 AM
sahih ummah umno. ce tgk gambar poster najib posing maut di hujung sana....

hheheheheehh, point lebih

umah kontol gede
Quote ogata 26-9-2013 09:03 AM
10 tahun..mak pak perempuan tu tak tahu ker???????????
jauh tersasar perempuan ni...
Quote liyamariska 26-9-2013 09:06 AM
ai kesian kt budak tuh... sbb mak pak nyer hal...
Quote haryatie 26-9-2013 09:08 AM
10 tahun lama tu..
selama 10 tahun tu xder ke rasa penyesalan atau nak brubah..
Quote shamsadis 26-9-2013 09:11 AM
dada boleh tahan





















Quote twins 26-9-2013 09:14 AM
ni kira jiran semua 'sporting' la niiii..... dah 10 tahun baru tau belum kawin....
Quote kenarikelabu 26-9-2013 09:25 AM
sampai 10 tahonnn.....mak aiii....mampuihh
Quote pejol 26-9-2013 09:29 AM
kire hebat la jugak..10thn baru 1 je anak...yg lain tu ade setahun skali kot..

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.206569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top