Festival Songkran adalah festival yang sangat terkenal di Thailand kerana merupakan satu peristiwa penting dalam kalendar Buddha yang menandakan permulaan Tahun Baru Thai Tradisional. Pesta ini disambut pada setiap tahun iaitu 13 hingga 15 April.
Songkran juga dikenali sebagai pesta air dan kini menjadi salah satu perayaan terbesar menarik berpuluh-puluh ribu pelancong dari seluruh dunia untuk menyambut pesta ini yang disambut meriah terutamanya di Bangkok, Chiang Mai, Pattaya, Phuket dan Hatyai. Nama Songkran berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud 'lewat' atau 'menghampiri'. Pesta ini disambut oleh penduduk tempatan dengan mengunjungi kuil dan melakukan upacara memandikan patung-patung Buddha, yang mana merupakan ritual mengikut kepercayaan mereka untuk membuang sial. Bahkan sudah seperti hari keluarga kerana cuti yang agak panjang memberi peluang kepada mereka yang bekerja di perantauan pulang ke pangkuan keluarga untuk meluangkan masa bersama orang tersayang. Pada asalnya, ia tradisi bagi agama Buddha. Namun kini, pesta Songkran menjadi salah satu acara terbesar dalam kalendar pelancongan Thailand. Andai anda ke destinasi tempat festival ini berlangsung, bersedialah untuk mendapat percikan air. Saat ini anda akan melihat orang ramai berkeliaran di sekitar sambil berbalas tembakan menggunakan pistol air, saling menyimbah air dan merendam sesiapa sahaja di kawasan itu. Bagaimana? Teruja tak? - CARI
|
Madel: Tahun ni kan Songkran dibatalkan ,hanya dibuay kat daerah2 kecil..sbb ada pertabalan diraja.Jadi tak meriah sgt pun mcm tahun2 sebelum nya.
epis replied at 15-4-2019 10:31 PM
Still ada kt bangkok, meriah je mcm biasa...
Madel replied at 16-4-2019 06:03 PM
Uols ada kat sana ke?
Abg iols dari rig turun ke Bangkok terus ke Phatong Phuket sbb kat Bangkok ...
ADVERTISEMENT