Sejak dari dulu lagi, kerjaya seperti designer dan photographer selalu dipandang rendah oleh masyarakat. Seringkali kita dengar luahan designer yang kecewa kerana pelanggannya yang mahukan servis percuma atau membayar dengan harga yang murah untuk sesuatu design di atas alasan seperti "ala design je pun".
Tidak terkecuali, photographer juga sering ditawarkan upah yang sedikit ataupun servis percuma kerana ada yang menganggap mereka hanyalah menekan butang untuk menangkap gambar. Apa yang orang lain tidak tahu adalah masa untuk photographer belajar mengambil gambar dan kos alatan mereka yang sangat mahal. Baru-baru ini, seorang photographer meluahkan rasa kecewanya apabila client menawarkan kerja tetapi tiada bayaran, menurut pelanggannya itu, kerja itu mampu untuk mengasah bakatnya sebagai jurugambar. "Kamera ni ada umur dia. Dah sampai limit, kena beli baru". Semoga selepas ini tiada lagi orang yang menganggap servis designer dan photographer boleh didapati secara percuma atas dasar keikhlasan. Hormati profession ini kerana mereka belajar bertahun-tahun untuk mendapat skill tersebut. Ubah mentaliti kita! - CARI |
Kurex replied at 16-4-2019 06:49 PM
Macam aku kena "nak baju boleh, tapi bagi la free, boleh tunjuk dekat member nanti, mesti dorang tan ...
noraidil_06: Bila kite offer service mcm ni lah. Org ingat kite modal air liur je. My advice to junior lawyer dlm ni, no free advice. I rarely entertain legal ques ...
gigahertz replied at 16-4-2019 09:33 PM
diorang ni berani sesama bangsa je .cuba kaum.lain. otomatik bayar...tak banyak bunyik pun
ADVERTISEMENT