CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kedai Dobi Jadi Viral Kerana Polisi Mesra Anjing Liar

15-4-2019 12:43 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7285| Komen: 50|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Beberapa hari lalu, gempar di media sosial mengenai pengakuan seorang bekas pekerja Majlis Perbandaran yang terlibat dalam pembasmian anjing liar.

Menurutnya, mereka memerangkap, mengikat, menjerut dan membalun anjing-anjing liar dengan kejam atas arahan pihak pengurusan.

Pengakuan itu disambut dengan kecaman oleh netizen yang tidak percaya Majlis Perbandaran tergamak mengambil cara mudah untuk menghapuskan anjing-anjing liar.


Kredit foto: Facebook
Nampaknya, berlainan pula layanan seorang pemilik kedai dobi di Puching Selangor yang membenarkan anjing-anjing liar tersebut untuk berlindung di dalam kedainya. Dalam sebuah gambar  yang kini tular di Twitter, seorang pelanggan kedai tersebut mengongsikan notis yang ditampal oleh pemilik kedai dobi itu di pintu masuk. 



Kredit foto: Facebook
Notis itu berkata ‘Anjing liar ada di dalam kedai dobi ini, kami membenarkan mereka berlindung di sini untuk mengelakkan daripada ditangkap dan dibunuh, kami faham jika anda tidak selesa dengan keadaan ini dan memilih untuk menggunakan kedai dobi lain’.




Kredit foto: Twitter
Kenyataan tersebut turut dimuatnaik oleh Facebook Malaysian Dogs Deserve Better dan sehingga kini dikongsikan sebanyak 850 kali. 

Ramai netizen yang memuji tindakan pemilik kedai dobi itu. ‘Tahniah kerana mempunyai rasa belas kasih kepada haiwan’ kata seorang netizen.

Kredit foto: Facebook


Seorang lagi berkata beliau kagum dengan pengumuman pemilik kedai dobi itu kerana sudah pastinya ada pelanggan yang tidak senang dengan kehadiran anjing liar de dalam premis perniagaan.


Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Sehubungan dengan itu, beberapa orang netizen menyatakan sokongan mereka dengan berkunjung menggunakan perkhidmatan kedai dobi di situ.

‘Saya ada mesin basuh di rumah, tapi akan ke kedai dobi ini sebagai tanda sokongan’ kata seorang lagi.

Kredit foto: Facebook
Tidak pasti apakah kesan notis itu kepada perniagaan Rea's Laundry di Puchong tetapi yang pasti perlu ada jalan penyelesaian jangka panjang untuk mengawal anjing liar daripada menggangu ketenteraman awam. -CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-4-2019 12:43 PM
good for kedai dobi

tapi kalau anjing liar menggigit budak mcm mana?
Quote merrissa 15-4-2019 12:46 PM
Sang_Pencinta: good for kedai dobitapi kalau anjing liar menggigit budak mcm mana?

If takut keselamatan anak2, sila pergi ke kedai dobi lain...katanya so no worry la
Quote Themilo 15-4-2019 12:46 PM
wah, terang-terangan tak hinginkan pelanggan muslim yang alergik dengan hanjeng.

kalau di johor, kedai dobi yang tak mengalu-alukan pelanggan non-muslim dikecam berjemaah.

sapa yang tertindas sebenarnya? btw, iols ok jaa dengan anjing.

Quote ninnamina 15-4-2019 12:47 PM
Mcm2 perniagaan.. tuan kedai bagus effort dia.. tp kalo aku x pegi la takot kene gigit hehehe
Quote Artemesiaa 15-4-2019 12:49 PM
Eloklah dia letak notice sebegitu.  Yang nak support bolehah kesana yang tak suka dengan cara tu sila pilih kedai lain tak ada paksaan pun.
Quote iloveselangor 15-4-2019 12:50 PM
Spread Love, love is everywhere.

Yahweh Yireh!
Quote EvieWanKenobi 15-4-2019 01:14 PM
pulak dah.. macam tak setuju je..
Quote buapakperut 15-4-2019 01:15 PM
anjing pun makhluk Tuhan juga, lagipun dobi lain banyak lagi kot. iols kalau dah nampak notis gini,cari je dobi lain. tak susah.
Quote mesmerize 15-4-2019 01:19 PM
anjing kalau dia baik duk diam2 macam kucing ai ok je..
yang menyalak tak tentu pasal pastu kejar orang macam hanjeng gila tu yang ai allergik
Quote Skuau 15-4-2019 01:25 PM
dia dh bgtau....'hak memasing tuk memilih'.
Quote UMMI_MAI 15-4-2019 01:39 PM
good for those dogs. sape2 yang x suka  takyah ckp apa2.. kedai dobi lain melambak2
Quote cmf_almondpecan 15-4-2019 01:51 PM
Themilo replied at 15-4-2019 12:46 PM
wah, terang-terangan tak hinginkan pelanggan muslim yang alergik dengan hanjeng.

kalau di johor,  ...

Berlainan sedikit keadaannya. Kedai dobi di Johor tidak membenarkan satu golongan pelanggan utk guna perkhidmatan. Kedai Puchong ni pulak membenarkan semua pelanggan tp kalau pelanggan itu sendiri tidak senang dgn anjing dlm dobi, pelanggan sendiri boleh memilih utk tidak guna.
Quote gujiwa 15-4-2019 01:58 PM
Kat taman umah ada kes gigit anjing org tu nak amik anak tadika.. nasib anak dia masih dalam pagar.. .. mmg segala jenis binatang hatta kucing pun kalau ganggu kententeraman penghuni sekitar.. mmg call majlis je..




Quote BeskotCekelat 15-4-2019 02:21 PM
Macamana anjing liar boleh masuk dalam dobi tu? tokey dia pi tangkap sekor2 bawak masuk ke? Atau dia tinggalkan makanan anjing dalam dobi dia, anjing tu datang sendiri? Anjing dalam dobi tu dok dalam sangkar/ kena ikat  ke atau bebas?
Quote bulanbulat 15-4-2019 02:27 PM
I will 100% support this laundry shop.
Quote kucingitam 15-4-2019 02:28 PM
ada sekor anjing liar yg selalu tunggu i kat carpark ofis ni..bila aku tegur dia goyang2 ekor..kdg guling2 ajak main..haish...aku takut la..
Quote lemak_masin 15-4-2019 02:34 PM
Anjing liar.. tak leh nk agak kelakunye... orang nk ambik tindakan bising.. tak nak jadi kes camni laa

Quote pai.kacang 15-4-2019 03:03 PM
orang islam tak perlulah pergi dobi ni.. boleh pergi dobi lain. bukan sebab anjing tu hina... atau tuan punya dobi tua ada niat x baik... tapi sebab nak jaga aqidah dan agama.
Quote dua_chzy 15-4-2019 03:04 PM
ninnamina replied at 15-4-2019 12:47 PM
Mcm2 perniagaan.. tuan kedai bagus effort dia.. tp kalo aku x pegi la takot kene gigit hehehe

Anjing liar yang tak pernah dikasari manusia takkan mengasari manusia. Fakta.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.129088 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top