“Saya masih Menteri Besar Johor hingga menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar." Itulah yang dikatakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Memetik laporan Harian Metro, Osman berkata pada masa sama beliau masih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU Johor. “Saya akan mengadakan sidang media selepas menyerahkan surat (peletakan jawatan) kepada Sultan Johor, esok. “Buat masa ini saya enggan mengulas lanjut,” ujarnya. Difahamkan juga, Osman akan bertemu Sultan Johor kira-kira jam 8 pagi esok. Secara teknikal, Osman masih Menteri Besar Johor kerana surat peletakan jawatannya belum diperkenankan Sultan Johor. Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Osman meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor. - CARI
|
ADVERTISEMENT