CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Cable Car" Langkawi, Sejarah Yang Mungkin Tak Ramai Tahu

17-4-2019 10:03 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 15322| Komen: 43|Original author: Oleh: monolog

kredit foto :google


Tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia telah berkunjung ke Langkawi. Mungkin juga anda pernah menaiki Kereta Kabel Langkawi. Tinggi, cantik dan cukup membuatkan kita terpegun! 

Laluannya adalah sepanjang 2.2 kilometer (km), sekali gus mengalahkan laluan kereta kabel di Switzerland. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kedah.

Ia telah dibuka untuk pelancong dan pengunjung pada 27 Februari 2005 bagi sama-sama merasai pengalaman berada di puncak gunung yang setinggi 713 meter dari aras laut.


kredit foto : Wyssplan.com


Namun, siapakah pencetus idea membuat kereta kabel di Gunung Mat Chinchang ini? Dan mengapa ia perlu dibuat?

Pada pendapat penulis, ini mungkin idea semata-mata untuk menjana pendapatan ekonomi negeri dan idea untuk tarikan pelancongan di negara kita.

Menariknya, menerusi klick.com yang memperoleh sumber dari Wikipedia mengatakan bahawa ada satu kisah disebalik daripada pembinaan kereta kabel ini.

Semua sedia maklum pada masa itu, Pulau Langkawi telah dibangunkan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kisahnya bermula ketika Tun Mahathir berjalan-jalan di sebuah kawasan di kaki gunung tersebut lalu memandang pula ke puncak gunung.

Kemudian beliau bertanya "Apa agaknya yang ada kat atas sana?" Berkemungkinan, beliau bertanya kepada pegawai-pegawai yang mengiringinya.

Lalu atas permintaannya, beliau menaiki helikopter untuk melihat keadaan di sana.

Ketika itulah beliau berkata "Allahuakbar, cantiknya" kepada pengiring yang mengikutinya.

Beliau menambah lagi "Saya nak orang tengok apa yang saya nampak la ni".


kredit foto : Wyssplan.com

Tidak berapa kemudian, banyaklah kumpulan ditubuhkan untuk memberi cadangan bagaimana untuk membina jambatan gantung dan sebuah kereta kabel.

Walaupun Tun merupakan seorang Doktor, beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta sistem kereta kabel bagi menentukan ianya selamat, terbaik dan unik teknologinya hinggakan memenangi pelbagai anugerah.

Semasa tempoh percubaan pembinaanya ketika keadaannya tiada bumbung dan hanya mempunyai jeriji besi sahaja, tiada siapa yang berani mencubanya. 

Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad  bersama dua jurutera sahaja yang mencubanya. Jurutera tersebut bertindak memberi penerangan kepada Tun berkenaan sistem kereta kabel tersebut.

 


kredit foto : google

Wah! hebatkan? Sehingga kini kereta kabel Langkawi masih berdiri utuh dan menjadi kebanggaan kita. Sampailah juga kita ke puncak melihat panorama dan Kebesaran yang Maha Kuasa. - CARI
5

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 17-4-2019 10:11 AM
Hmm okayy noted.
Quote Beribear 17-4-2019 10:14 AM
Masa tahun 2008 aku naik cable car ni murah je.. Kat atas sekali takde apa. Kat hentian yg 1st tu takyah kena bayar pon nak pi jambatan goyang. La ni kalau nak jalan kat jambatan goyang tu kena bayar. Kat atas tu pon dah banyak upgrade
Quote chinta89 17-4-2019 10:19 AM
owh gtu ke tq info ye
Quote supernaturalee 17-4-2019 10:28 AM
2017 pegi tp tgk pnylh ramai umat tgh q.. terus xjd

2018 pegi lg. baru lh dpt merasa naik cable car ni. tu pun sbb  beli tiket online siap2 dh

mmg best kt ats ni. the view...masya allah..breathtaking.
plus...fasilitinya bgs sekali. siap ada toilet yg bersih

klu nk naik 2nd base better guna trail
lbh feel sbb celah2 hutan
tp watch ur step sbb agk licin


Quote supernaturalee 17-4-2019 10:32 AM
lupa nk bg tau
ms kt kaunter lps dh dpt tiket
kan kena q utk naik cable car tu kan

kita2 ni sbg warganegara akn diberi keutamaan utk naik
xyh q lama2
rs segan jgk sbb mcm  potong q
tp memandangkan org dh ramai sgt
petugas kt situ pun dh panggil, kita naik je lah

perks of being a citizen i guess

Quote Tapayana 17-4-2019 10:58 AM
penah naik 2012 dulu. gayat yarobi time dlm keta kabel. waktu tu plak jambatan tinggi tu tak dibuka. mentenens katanya
Quote felinecat 17-4-2019 11:03 AM
suka pg tempat mcmni.xtau pulak boleh pg dgn trail je sebelum final station cable car.kalau boleb nak try la.baru feel sikit.memg cantik tempat ni
Quote Artemesiaa 17-4-2019 11:10 AM
Info menarik pasti tak ramai tahu mengenainya
Quote tagas 17-4-2019 11:15 AM
dah pernah feel amazing
Quote prettyuglybabe 17-4-2019 11:20 AM
nak pergi tapi i gayat
Quote rynamarina 17-4-2019 11:38 AM
nak try naik tapi encik suami spesis gayat
Quote bazarayamy 17-4-2019 12:21 PM
Pernah naik 3 kali... 1st time mmg hmpir nk nanges eh... (2nd and 3rd time pun takut tp sekurangnyer dh mentally prepared) seram giler, tambah time dia lalu kat tiang-tiang tu, nak gugur jantung. time tu jambatan goyang free lagi... best, walaupun seram bila angin tiup dia bergetar rasa mcm nk melayang... tiap kali gi Langkawi wajib ke sini sbb view dia mmg cantik, wat kita humble and amazed sgt... tambah waktu sunset... Subhanallah..! angin kat situ sejuk jer... last time pergi situ br lepas hujan... berkabus, rasa cam kt Cameron pun ade... haha..
Quote Aisy88 17-4-2019 12:41 PM
Good info.
Pernah naik pd tahun 2006 dan 2007. Gayat sgt, masa naik rasa menyesal.. View kat atas cantik...
So in year 2019 ada pembaharuan ke, atau sama je..
Quote diss69 17-4-2019 12:48 PM
Tapayana replied at 17-4-2019 10:58 AM
penah naik 2012 dulu. gayat yarobi time dlm keta kabel. waktu tu plak jambatan tinggi tu tak dibuka. ...

Akk pon cukup laa merasa naik skali.. gayat abiss..masa dkt nk smpai tu bunyi krek3.. taubat xnk naik dh..
Quote mizruncing 17-4-2019 01:02 PM
tp hrga makin mahal. beratus jgk laa naik ank beranak ari tu. plus budak x ckup 3 tahun pn kena byr
Quote d_anne04 17-4-2019 01:14 PM
penah naik dua kali..

memang gayat...x blh nak hayati keindahan sgt...sebab perasaan takut tu mengatasi segalanya..
asyik dok pegang baju orang jer..
Quote pearl.silver 17-4-2019 01:34 PM
Emm... I tgk gambo org amik je.. Nk naik sendiri mcm tidak laa
Quote raxief 17-4-2019 01:34 PM
3 kali naik.. sekali tu masa LIMA, boleh pulak ada fighter jet terbang rapat kat situ.. seram...

bila balik hotel, saja2 google.. rupanya mmg ada kes fighter jet langgar kabel yg bawak kereta kabel ni kat italy.. putus kabel tu & kereta kabel jatuh, ramai mati

last year aku pergi.. banyak pulak kena byr lain kat atas tu.. dulu sekali bayar je
Quote Minah Komando 17-4-2019 02:06 PM
mizruncing replied at 17-4-2019 01:02 PM
tp hrga makin mahal. beratus jgk laa naik ank beranak ari tu. plus budak x ckup 3 tahun pn kena byr

berapa ringgit tiketnya tu?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031849 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top