CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Heboh Penipuan Pilihanraya Indonesia, Kertas Undi Pos Sudah Bertanda Dijumpai Di Selangor

12-4-2019 02:51 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5180| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sebuah video yang menunjukkan beberapa orang lelaki menjumpai beg-beg berisi kertas undi yang telah ditandakan di sebuah stor di Selangor kini viral di negara itu.

 




Kertas undi itu adalah bagi Undi Pos untuk pilihanraya Presiden Indonesia (Pemilu) yang bakal berlangsung 17 April di negara itu. Undi pos bagi rakyat Indonesia di Malaysia sepatutnya hanya akan dijadualkan dibuka pada Ahad ini, 14 April dan penemuan itu menyemarakkan spekulasi bahawa Pemilu kali ini berlangsung dengan pelbagai penipuan.

 

Dalam video tersebut, lelaki dengan loghat Indonesia itu mendakwa mereka menjumpai kertas undi yang telah ditandakan untuk calon Jokowi dan timbalannya Ma’ruf, dan seorang calon Parti NasDem bernama Achmad.

 


‘Kami meminta Suruhanjaya Pilihanraya Umum (KPU) untuk menangguhkan semua pemilihan di Malaysia sehinggalah tarikh rasmi 14 haribulan ini’ kata salah seorang daripada lelaki itu, mengesahkan desas desus Pemilu di Malaysia telah dilakukan lebih awal dari tarikh sebenar.

 

Parti NasDem dan pasukan Jokowi-Ma'ruf menafikan penglibatan mereka. Agensi Penyeliaan Pemilu di Jakarta telah menerima laporan bahawa terdapat penipuan undi pos di Kuala Lumpur dan mengesahkan ketulinan video itu. Agensi itu bagaimanapun masih lagi menilai dari pelbagai sudut tetapi menyokong penangguhan pengundian pos di Malaysia.

 

Kredit foto: YouTube


Seorang calon Parti Perjuangan Demokratik Indonesia menyatakan mungkin terdapat penipuan dalam undi pos tetapi Jokowi dan pasukannya tidak terlibat. ‘Orang-orang yang merakam dan membuat serbuan itu orang Probowo, lawan Jokowi’ kata Masinton Pasaribu.

 

Kredit foto: Carian Google


Beliau turut mendakwa terdapat penjualan undi di Malaysia di mana ada pengundi pos menjual undi kepada mana-mana pihak dengan harga RM15. Susulan dakwaan itu, pasukan Probowo pula mengeluarkan kenyataan penafian.

Terdapat 255 pusat pengundi pos di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Kuala Terengganu dan Kelantan dengan jumlah pengundi sekitar 985,216.

 

Persoalannya, adakah kes ini akan mencemarkan pemilihan presiden Indonesia yang baru? - CARI 

2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-4-2019 03:50 PM
Dia tak ada Wakil SPR jaga kotak undi kot
Quote saviour_09 12-4-2019 03:55 PM
maybe utk indo di sini undi pos kot?

macam pdrm & atm tu


eh aah betul la undi pos
ngok betul aku
Quote BeskotCekelat 12-4-2019 04:24 PM
Macamana diorang boleh jumpa kertas undi ni? Ada yang pecah lubang ke?

Aku baca kat twitter, orang Indonesia macam tuduh kedutaan dorang bersubahat dengan kegiatan ni.
Quote Sang_Pencinta 12-4-2019 04:31 PM
Aku pun baca banda yg sama

Konon ada pihak kedutaan yg 'mewakilkan' rakyat mereka mengundi bagi pihak
Quote giyomi 12-4-2019 04:36 PM
waduh2 kok harus di tipu. macam pekara camne tak biasa berlaku
Quote prizadane 12-4-2019 04:37 PM
Kelakar baca komen kat fb. Semua dok baca tajuk, tapi tak baca berita. Dok kaitkan kertas undi ni dengan PRK Rantau
Quote MelayuBarua 12-4-2019 04:39 PM
Di Indonesia Jokowi mmg pro cina.
Quote buapakperut 12-4-2019 04:48 PM
Edited by buapakperut at 12-4-2019 08:51 AM

dah kenapa kat selangor. selangor darul indun ke. ramainya indun undi pos
Quote tungkai 12-4-2019 04:49 PM
Tercoblos tu hape...???
Quote pyropura 12-4-2019 08:30 PM
tungkai replied at 12-4-2019 04:49 PM
Tercoblos tu hape...???

Coblos = tebuk (perforate)
Quote pyropura 12-4-2019 08:31 PM
Macam Umno dulu je pangainya, kuat nipu undi
Quote keds 12-4-2019 11:01 PM
Angkara siapa yak? Harusi di siasat laaaah....
Quote Rainora 13-4-2019 05:40 AM
Yang ni kelakar
Quote iloveselangor 13-4-2019 06:05 AM
Waduh waduh...bikin gawat neh
Quote tikusmontok 13-4-2019 06:22 AM
pyropura replied at 12-4-2019 08:31 PM
Macam Umno dulu je pangainya, kuat nipu undi

Pakaton harom tipu manipesto.
Quote dino 13-4-2019 07:38 AM
pyropura replied at 12-4-2019 08:31 PM
Macam Umno dulu je pangainya, kuat nipu undi

skrg yg menipu tu ph dah ambik alih.., terima la hakikat tuh
Quote orgsepang 13-4-2019 08:56 AM
saviour_09 replied at 12-4-2019 03:55 PM
maybe utk indo di sini undi pos kot?

macam pdrm & atm tu

Tergelak akak baca dek. Motif apa dah tersilap sangka tapi tak edit lepas tu mengaku diri ngok.
Quote AwanCikDania 13-4-2019 10:05 AM
Apo nak jadi ni. Sampai ke msia ni haa kertas undi.
Quote MissCarcosa9753 13-4-2019 05:33 PM
Jauhnya dijumpai

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035170 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top