CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johor Adalah Negeri Dalam Malaysia - Mahathir

11-4-2019 05:34 PM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 6726| Komen: 58|Original author: Oleh: Mo Firdaus


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, Johor adalah negeri di dalam Malaysia.

Beliau berkata, "Saya tidak tahu (dakwaan campur tangan dalam hal dalaman pentadbiran Johor). Johor masih lagi di dalam Malaysia."

"Melainkan Johor adalah negara asing saya tidak akan campurtangan dalam hal dalaman luar negara."

Mahathir mengulas kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tidak mahu orang luar campur tangan dalam urusan negeri itu.

Baginda mahu "pihak tertentu" membuat bising dan bertelagah tentang politik kerana Johor masih mempunyai seorang Sultan melalui satu hantaran di Facebook.


"Jangan sibuk mencampuri dalam hal negeri Johor kerana Johor negeri yang berdaulat dan masih mempunyai seorang sultan. Saya akan buat keputusan terbaik untuk rakyat bila masa yang sesuai," katanya.

Punca ketegangan ini adalah isu ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ketegangan ini lagi ditambah apabila Osman Sapian meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor dan mereka mendakwa mereka ada hak untuk melantik Menteri Besar Johor yang baru.- CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 11-4-2019 07:13 PM
bkn takat time be end

time ph pun sebok menyalak
Quote oshinmoshin 11-4-2019 09:00 PM
Syed Abdul Mu'iz wrote :-

Saya agak sibuk sekarang tetapi ini mungkin sebuah muqaddimah;

TMJ yang bermulut celupar dan semakin melampau ini sebenarnya mungkin berpura pura tidak tahu bahawa pindaan perlembagaan semasa “orang tua berumur 93 tahun” menjadi PM yang menghapuskan kekebalan Raja Raja pada Mac 1993 adalah di CETUSKAN dari DUA insiden SERANGAN (assault) pada tahun 1992.

Pertama oleh bapa saudaranya Tunku Abdul Majid pada 10 Julai dan kedua dari datuknya sendiri  Sultan Iskandar Mahmud pada 30 November. Ini adalah kemuncak kepada 23 PERBUATAN JENAYAH termasuk membunuh yang dilakukan sebelum ini oleh keluarga diraja Johor dimana mereka boleh “bersembunyi disebalik immunity”.

Daulat hanyalah bahasa Arab bermaksud “wilayah”. Ia tidak ada kena mengena dengan keramat atau kesaktian luar biasa.

Ia hanyalah tahyul untuk mereka kekal berkuasa. Dan anda mempercayainya tanpa sebarang asas dalam agama.

Raja juga kena makan, minum, buang air,tidur dan sakit termasuk cirit birit tetap sama. Bau najis juga tidak seperti kasturi.

Daulat raja tidak pun boleh sumpah anda jadi sakit perut apa lagi menjadikan tambak Johor pernah senget kerana kononnya di hentak dengan tongkatnya semasa dibina. Raja bukan Nabi Musa.

Darah raja juga tidak berwarna biru. Cuma Raja bawa pistol. Gangster pun bawa pistol.

Raja juga ramai yang bermuka huduh, selain dari banyak bini dan kuat main judi di casino luar negeri.

Ada raja bini kedua duduk luar negara entah buat apa, tapi itu bukan urusan saya walau sekali pernah terserempak muka kebetulan saya kesana. Siapa bayar belanja dia kalau bukan duit anda?

Tidak perlu kita bercakap pasal raja payung agama kalau cara hidup macam firaun Mesir purba termasuk bila mati upacara pengkebumian selama tiga hari.

Daulat tidak ada kena mengena dengan keturunan kaki pukul dan pembunuh.

Jika anda tinggal dalam rumah kaca, jangan lempar batu.

Untuk anda menjadi “raja mutlak” sudah terlambat walaupun ini tidak kena mengena dengan Rome Statute. Dalam dunia Raja mutlak hanya tinggal dua: Arab Saudi Dan Brunei. Yang lain bersalah tetap kena hukum.

Hari ini kalau anak raja masih mau jadi kaki pukul, macam bapak dan datuknya, dia kena fikir dua kali tiada siapa boleh selamatkan dia selepas 1993. Cuma anda yang tidak tahu dia boleh buat cerita reka reka. Jangan ingat dia hebat sebab bapa saudara dia Agong Malaysia.

Sebelum Malaysia hanya 8 Negara tidak menjadi ahli Rome Statute; United States, China, India, Iraq, Libya, Yemen, Qatar and Israel. Sekarang jadi 9 Negara termasuk Malaysia.

Philippines tarik diri. Tapi itu tidak hairan sebab presiden dia pun masa di university pernah tembak kawan student sampai mati.

Ini adalah kerana ramai individu termasuk pegawai tentera di negara tersebut melakukan perkara yang membolehkan mereka didakwa keatas salah satu dari empat perkara dibawah;

1. Genocide.

2. Jenayah terhadap kemanusiaan.

3. Jenayah perang.

4. Jenayah pencerobohan.

Itu pun hanya selepas 1/7/2002. Jenayah sebelum itu adalah zaman sebelum Rome Statute. Rome Statute bukan idea Yahudi sebab itu Yahudi pun tidak suka sebab jenayah perang dia di Gaza.

US, India, China dan Israel adalah semua negara dimana individu disana ada yang melakukan jenayah perang atau kemanusiaan dan tetap akan melakukan jenayah tersebut dimasa hadapan.

Bercakap pasal keturunan tidaklah perlu anda tahu dan jangan ditanya darah siapa yang mengalir dalam diri saya. Saya bukan keturunan Melayu “pengecut”, “boleh dibeli “, “bermuka muka” dan “mudah lupa”. Saya juga bukan Melayu keturunan “bossku” yang tidak tahu malu dan masih ramai pengikut yang percaya membabi buta macam dia keturunan dewata raya.

Tulisan saya, pemikiran saya, anda boleh teka dari galur mana darah Melayu saya sebelum tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka. Namun saya sekelumit kuman tidak akan pernah merasa bangga.

Setakat ramai menyokong anda bukan bermakna anda benar. Hitler lebih ramai pengikutnya dari anda juga Stalin dan Mao Tse Tung.

Dalam sejarah raja raja tidak pernah melindungi anda. Kemasukan British dan akhirnya pendatang China dan India kerana perebutan kuasa raja raja yang sanggup menggadaikan apa sahaja kerana malas bekerja tetapi mau hidup mewah dan berpoya poya.  

Beri satu cerita raja pernah membela anda sebagai rakyat jelata.

Raja mana gadai Singapura pada tahun 1819? Sebelum itu raja mana serah Pulau Pinang kepada British pada tahun 1786 sehingga pulau Pinang di masuki pendatang macam Singapura?

Raja mana minta seorang China Singapura yang bernama Tan Kim Cheng draf surat kepada Andrew Clarke minta British campur tangan di Negeri Perak kerana perebutan kuasa sehingga termaktubnya Perjanjian Pangkor 1874?

Berikan nama raja yang tidak sign kebenaran untuk British tubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sehingga orang Melayu bangun menentangnya barulah dibubarkan oleh British pada 31 Jan 1948?

Sekarang raja berpelembagaan adalah terbaik untuk semua. Mereka tidak boleh buat apa apa. Cuma akan memporakperandakan suasana apabila kemewahan sudah tergugat kerana belanja istana bukan duit mereka. Mereka juga tidak boleh ambil tanah ikut suka macam zaman dahulu kala, walaupun sudah ada terlepas jual kepada syarikat dari negara China.

Raja mana yang suka datang Australia tanpa bini, booking satu tingkat hotel, kemudian “hilang”?....

Itu beberapa tahun dulu, sekarang mungkin dia sudah “bertaubat” sebab anda suka cium tangan dia.

Tentang raja yang masih percaya “tahyul” sampai terjun sungai masa pertabalan itu tak usahlah kita cerita.

Semuanya berputar di sekitar kemewahan dan kuasa mereka, kononnya mahu membela anda, dan anda jadi bidak tanpa usul periksa. Kezaliman raja raja dahulu kala menjadikan sampai hari ini anda seperti tiada minda dan percaya apa sahaja.

Yang paling utama anda semua Melayu perlu bersatu jika tidak mahu kembali kezaman purba dimana setiap perkara raja tidak suka adalah “derhaka” dan anda zaman itu boleh dihukum sula, dipasar waktu pagi, ketika ramai orang, dengan kaki bersilang.

Keselamatan anda adalah apabila majoriti Melayu yang jujur, pintar dan tidak rasuah menguasai parlimen SEBAGAI KERAJAAN. Ini adalah kerana Malaysia adalah negara “raja berpelembagaan”. Kuasa ditangan Parlimen. Raja hanyalah simbolik; semua keputusan akhirnya diatas jemaah menteri yang akhirnya diwakilkan kepada Perdana Menteri untuk kelulusan Agong sebagai formaliti.

Pemilihan Melayu yang amanah dan bijaksana terletak ditangan anda termasuk TMJ jika dia berani turun bertanding macam anak jantan bukan hanya pandai berkokok dibelakang tabir istana dibawah naungan ayahanda kerana ”dendam” kepada seorang tua yang menghapuskan “kekebalan” dan “gedebe” mereka kerana tindakan jenayah keluarganya sehingga 30 Nov 1992 bukan saja memukul malah membunuh.

Bukan raja raja boleh menyelamatkan anda. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dan tidak akan berlaku selamanya.   

Mereka telah diberi peluang sekian lama.
Quote Kurex 11-4-2019 09:22 PM
Atok dengan tmj, dua dua aku tak kenan.
Quote JokesCop 11-4-2019 09:38 PM
Aku harap kerajaan dapat henti main isu sultan. Jangan diusik sangat. Ada benda lagi yg perlu diuruskan selain tambah musuh di tempat xkena. Xda satu sen pun faedah kali ni. Dulu lain, ada sebab musabab. Setakat gaduh mulut mcm ni. Janganlah sampai menyusahkan rakyat.

Cukuplah solution kerajaan adalah hanya menyalahkan pentadbiran lama. Sudah2lah bergaduh nak tunjuk jagoan. Ini bukan zaman economic depression. Rakyat sekarang bukan jenis membaca pun xtahu dan doktor bukan lagi profession canggoh sgt sampai layak kahwin dgn anak dara paling lawa dalam kampung bernama Sabariah.

Tinggalkan zaman-zaman maklumat dari sokabar dan radio. Apa yg dibual dikedai kopi, faktanya dapat cari had tu jugak, xmcm dulu dah. Kene tunggu lidah resmi keluar propaganda dan rakyat setuju 100%. Berita bila dah ada, xmcm dulu, 1 dua minggu orang lupa. 3 bulan dah berlalu, orang ingat lagi pasal anak mat sabu. 1 tahun dah berlalu, orang search lagi pasal bernas. Xmustahil lagi 5 tahun, orang ingat lagi masalah hibah TH, jual assets dsb.

Tone down, lihat sekeliling, ada masalah masih belum selesai, banyak masalah masih belom selesai. Jangan cari masalah baru. Dulu respect chedet dgn kecekapan dia, tapi la ni dgn mat maslan pun chedet nak gaduh mcm politician hingusan. Pastu dgn sultan pun nak bertikam lidah tanpa sebab. Nak buktikan apa? Sapa berkuasa? Jangan bodoh. Sikit2 nanti orang hilang hormat.

Pada yg masih percaya pasal kes bunuh rakyat tu, rajin2lah google. Berlian rosmah pun main tuju mcm tu je. Apa sangatlah berita tembak sorang orang tua yg panas baran? Entah2 apa yg derang sembang pasal Memali pun betul.
Quote cm_vungtau 11-4-2019 09:42 PM
DSN punya zaman hubungan dengan negara-negara, raja-raja baik-baik aje.
Quote Konahhh 11-4-2019 09:54 PM
Banyak lagi issue yg Mahathir boleh fikirkan daripada bertikam lidah & sindir sana sini. Tahu lah hidup dah terjamin, anak beranak cucu cicit terjamin kaya sampai bila-bila but pls la tone down and look around. BANYAK MASALAH KOT MALAYSIA NI YG BOLEH SANGAT DISELESAIKAN.
Quote dess402 11-4-2019 09:58 PM
atok ni fokuslah pasal pulihkan ekonomi dulu  .  tak payah lah kacau sultan sangatt .  janganlah bikin kecoh .
Quote babyhubby85 11-4-2019 10:09 PM
Bagus pun Tun buat macamnie.... Awatla raja sinun tak macam raja Thai or jepun... Very humble... Takde nak show off
Quote dess402 11-4-2019 10:11 PM
babyhubby85 replied at 11-4-2019 10:09 PM
Bagus pun Tun buat macamnie.... Awatla raja sinun tak macam raja Thai or jepun... Very humble... Tak ...

takde nak show off  ??    hahaha  ..  pie lah hang cuit sikitt .  hang nak shpw off tidak  ??
Quote lostnfaun 11-4-2019 10:17 PM
cm_vungtau replied at 11-4-2019 09:42 PM
DSN punya zaman hubungan dengan negara-negara, raja-raja baik-baik aje.

Baik ada makna tue... Hehehe..

Dibagi apa diminta opkos la akan baik2 & senyap2 jer...
Quote lostnfaun 11-4-2019 10:18 PM
oshinmoshin replied at 11-4-2019 09:00 PM
Syed Abdul Mu'iz wrote :-

Saya agak sibuk sekarang tetapi ini mungkin sebuah muqaddimah;

Raja mana yg asik selalu ke Australia tue???
Quote belon 11-4-2019 10:18 PM
Negeri lain cool je..
Quote dewimalam78 11-4-2019 10:25 PM
Anak raja yam tuan besar negeri sembilan tu awat org tak sebut2 ek. Asyik sultan petak je yg diorg puji.
Quote honam 11-4-2019 10:27 PM
penting sgt ke statue pe benda ni compare dgn org tak de keja skang ni
Quote babyhubby85 11-4-2019 10:41 PM
dess402 replied at 11-4-2019 10:11 PM
takde nak show off  ??    hahaha  ..  pie lah hang cuit sikitt .  hang nak shpw off tidak  ??

Dah raja depa mmg terbukti humble and baik... Selayaknya kalau ada yg kutuk kena jail.... Ko apa tau... Anwar sana sini.. Pi junjung anwar and hadi ko tu...
Quote babyhubby85 11-4-2019 10:41 PM
lostnfaun replied at 11-4-2019 10:17 PM
Baik ada makna tue... Hehehe..

Dibagi apa diminta opkos la akan baik2 & senyap2 jer...

2 percent hehehe u scratch my back I scratch yours
Quote Metana 11-4-2019 10:50 PM
feudalism vs democracy?
Quote nusaraya 11-4-2019 11:02 PM
Inilah kesalahan terbesar ketika Malaysia nak merdeka dri UK...masih mempertahankan kelembagaan sultan-sultan Melayu.  Seharusnya malaysua guru Indonesia...hancur dan musnahkan sultan-sultan Melayu yang hanya menjadi parasit bagi rakyat dan negara...
Quote tagas 11-4-2019 11:21 PM
JokesCop replied at 11-4-2019 09:38 PM
Aku harap kerajaan dapat henti main isu sultan. Jangan diusik sangat. Ada benda lagi yg perlu diurus ...

Dah wartawan tanye kena la jwb

kalo jwb no komen kang org mengata juga

tak profesional playsafe bagai


Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083438 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top