CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Najib Langgar Embargo Kertas Putih FELDA Boleh Makan Diri

11-4-2019 12:30 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2445| Komen: 5|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Turut disiarkan dalam laman sesawang Parlimen Malaysia sehari sebelum pembentangan
Gambar hiasan. Kredit foto: The Edge Markets


Tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mungkin memakan diri.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam laman Facebook miliknya, kertas putih tersebut telah disiarkan di laman sesawang Parlimen Malaysia sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 10 April.

Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook
Sebahagian besar netizen turut berkongsi pandangan serupa dan mempertikaikan tindakan kerajaan itu yang didakwa sengaja mencari alasan baharu untuk mendakwa Najib.

Malah, mereka turut mempersoalkan sama ada Parlimen sendiri boleh dikenakan tindakan kerana melanggar embargo.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Berita Harian pada 10 April melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan memandang serius terhadap perbuatan Najib melanggar embargo kertas putih tersebut dengan menyiarkan sebahagian daripadanya dalam laman Facebook sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Najib berbuat demikian bagi mempertahankan dirinya daripada tuduhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya beliau telah menipu FELDA untuk membeli syarikat Eagle High Plantations di Indonesia sehingga mengakibatkan agensi itu mengalami kerugian berbilion ringgit.

Kredit foto: Facebook

Perbuatan mendedahkan keseluruhan atau sebahagian dokumen mesyuarat Dewan Rakyat berstatus embargo boleh dianggap sebagai menghina dewan berkenaan serta pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twinkleboo 11-4-2019 02:44 PM
Wow. Scary.
Quote airmineral 11-4-2019 11:33 PM
Perenggan last tu, itu je ke hukuman kalau di caj? Ringan je..huhu
Quote FanTasyCreaTioN 12-4-2019 06:29 AM
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1155296&extra=page%3D1

Quote am2020 17-4-2019 10:44 AM
Pakatan hancing dah x boleh percaya dah..rakyat bkn zaman pm ke 4 mudah kena tipu..sekarang zaman online bukan zaman suratkabo lagi
Quote zorrro_03 17-4-2019 10:53 AM
DAKWA je...  nanti kita tengok siapa yang kenaaaaa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044873 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top