Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata ketika ini hanya 10.4 peratus atau 11,523 anggota wanita pelbagai pangkat berkhidmat di seluruh negara. “Pengambilan konstabel wanita sedang dijalankan di seluruh negara selepas pengambilannya terhenti sejak tiga tahun lalu. “Pada masa sama, bilangan anggota wanita berpangkat Superintendan ke atas turut ditambah kerana secara keseluruhan hanya 58 orang saja atau 7.4 peratus pegawai wanita,” katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Polis Wanita 2013, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdulah; Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Timbalan Pengarah (I), Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Datuk Zubaidah Md Ismail. Home guard Terdahulu, ketika merasmikan seminar itu, Mohd Bakri berkata pembabitan wanita dalam bidang kepolisan bermula sejak 1950, sebelum Malaysia merdeka lagi. “Dulu mereka bermula dengan ‘home guard’ yang bertujuan menyahut seruan pembabitan orang awam secara sukarela dalam kegiatan menentang pengganas komunis. “Sejak itu, pembabitan wanita dalam tugas-tugas keselamatan semakin dirasai, terutama apabila pihak pasukan keselamatan memerlukan polis wanita untuk memeriksa penjenayah wanita,” katanya. Katanya, kesedaran itu beralih menjadi satu keperluan untuk menubuhkan pasukan polis wanita bagi melaksanakan tugas-tugas kepolisan sejajar dengan peruntukan undang-undang. http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html
|
“Pengambilan konstabel wanita sedang dijalankan di seluruh negara selepas pengambilannya terhenti sejak tiga tahun lalu.
ADVERTISEMENT