Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, merupakan kata pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh penyanyi Mohd Razlan Bin Mohd Yusof atau lebih popular dengan nama Lan Solo.
Disebabkan tularnya video di mana seorang artis yang dikenali sebagai Lan menendang seorang pengawal keselamatan semalam, Lan Solo pula yang terkena tempiasnya. Perkara tersebut dikongsi oleh isteri kepada Lan Solo, Sheila di akaun Instagram miliknya di mana media sosial dia dan suaminya dipenuhi dengan mesej yang mengugut dan mengecam tindakan 'Lan' seperti di dalam video yang tersebar tersebut. Salah orang, ramai yang menggunakan nama Lan bukan Lan Solo sahaja. Kesal dengan tohmahan dan ugutan yang diterima, Sheila dengan pantas menjelaskan salah faham tersebut. Tambah Sheila lagi, dia akan terlebih dahulu 'memukul' suaminya sekiranya dia bertindak sedemikian. Dalam pada itu rata-rata terhibur dengan tuduhan tidak berasas tersebut kerana Lan dikenali sebagai seorang yang baik dan lemah-lembut. Sokong Lan Solo.. Main terjah je.. Macam-macam hal lah netizen ni. Kot ye pun nak 'serang' orang, pastikan terlebih dahulu si pelakunya. Bukan main terjah tak bagi salam ye. -CARI
|
de_ikea replied at 9-4-2019 02:33 AM
Lan a to z korang tak mo serang ke
ADVERTISEMENT