Di Twitter kecoh bila Papagomo melalui Twitter memuat naik status dengan kapsyen, "Ada member semalam roger dia order Roti @SyedSaddiq . Tahu-tahu je hantar roti tisu. Boleh le kau orang try order Roti Saddiq lepas ni. Gerenti kedai mamak tau apa itu Roti Saddiq." Status tersebut disertai dengan komik berdialog dan menjadi bahan gurauan di kalangan netizen. Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36 dipercayai menulis sindirin terbabit susulan insiden Syed Saddiq dilaporkan mengalami kecederaan tisu badan selepas didakwa bahunya dipegang oleh Papagomo semasa PRK DUN Semenyih pada 16 Februari lalu. mStar Online melaporkan, disebabkan itu Papagomo pada 28 Februari lepas didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas dua tuduhan iaitu mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Syed Saddiq. Mahkamah membenarkan Papagomo diikat jamin sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin. Dia juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan. Susulan gurauan tersebut, ramai netizen yang menyifatkan ia sebagai lucu. Lagi menarik bila ada netizen yang melabelkan Papagomo sebagi roti kosong. -CARI |
matchstick replied at 8-4-2019 02:08 PM
so kalo nk order roti telur nk sebut nama sape
cupu replied at 8-4-2019 03:11 PM
Papagomo ni blh tahan rasis..terutamanya bab Dap..walaupun ada yg aku setuju tp tau saja la malaysia ...
ADVERTISEMENT