CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Tolak Dikata Sombong" - Luahan Mudir Tentang Pelajar Tahfiz Dapat Lauk Kenduri Basi

8-4-2019 01:03 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 6112| Komen: 21|Original author: Oleh: M. Manis

Masyarakat sekarang ini rajin sangat lepas kenduri kalau tak habis lauk pauk beri pada pelajar tahfiz. Namun,  masalahnya lauk tersebut dimasak waktu pagi, dia beri waktu petang. Malah ada yang masak semalamnya. Bila sampai di tangan pelajar tahfiz, lauk pun dah basi.

Terpanggil untuk menegur mereka yang suka bersedekah 'benda nak basi' pada tahfiz, anda perlu baca luahan mudir ini.







Kesian sungguh pada mereka. Rakyat Malaysia ini perlu sedar sebenarnya memberi bukan dengan barang lebihan. Nak beri biar yang elok dan baru. Apa pendapat anda? - CARI 


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 8-4-2019 01:15 PM
Tak baik nya. Kalau niat nak sedekah, kasi untk lunch. Bkn dah nk basi baru kasi.
Quote keds 8-4-2019 01:31 PM
Aku memang anti orang yg Jenis nak sedekah tapi tak ikhlas .. bagi lebihan / sisa etc. Kita nak sedekah biarlah betul betul bagi.  
Quote RatuDunia94 8-4-2019 01:43 PM
Konon x nak membazir end up menyusahkan org.. kalau betul nk sedekah jemout lah budak2 tahfiz tu datang makan masa majlis..
Quote saviour_09 8-4-2019 01:50 PM
kenduri kahwin & acik2 gerai rajin buat gini

niat dah betul, sedekah
tapi pikir la sikit
ko masak pagi, tengahari tu sedang2 elok la makan lagi
petang?hampir basi dah sis
budak2 tu pun mesti nak buat makan malam
confirm2 la dah basi

tak habis buang je la
tak pun basuh bersih2 bagi makan binatang
pun pahala jugak

Quote Keisha_izara 8-4-2019 02:00 PM
Dekat kampung pun selalu macam ni..bila lauk tak habis di sedekahkan dekat sekolah tahfiz atau anak yatim ♀ Kesian wei

Quote MarissaOberlin 8-4-2019 02:34 PM
Orang kata kalau nak sedekah bagilah yang baru. Bukan yang lebihan baru nak sedekah
Quote AwanCikDania 8-4-2019 03:17 PM
Kesian nya lah. Apa punya perangai bagi makanan basi ni.
Quote ikanmasin 8-4-2019 03:51 PM
sepatutnya bagilah yg baru masak.panas2 lg.niat tu kenelah betul..
sampai ati makanan dah nak basi atau da bsi baru terhegeh2 paksa
srh amik jg..tak elok tau perangai gitu..menganiaya anak2 yatim..
cuba bg masa panas2 tu sekali minta doakan kan berkat jg..
Quote buragazz 8-4-2019 03:59 PM
Klu ada niat sedekah buat le dua tiga bekas asingkan2 sebab lauk yang kejap di senduk dan di bukak bekasnya memang cepat basi...
Quote nono86 8-4-2019 04:03 PM
Kesian.. dah la tak dapat makan, kena basuh bekas dan buang sisa tu..
Quote Artemesiaa 8-4-2019 04:14 PM
Bagus juga ada yang berani suarakan jadi masyarakat akan lebih alert bab ni
Quote epysha 8-4-2019 04:35 PM
mcm pernah baca benda ni dulu
Quote Tudunghitam 8-4-2019 05:36 PM
Pernah terdengar yg kalau nak bagi makanan kpd pelajar tahfiz , sepatutnya diberi makanan yg terbaik yg utama sbb mereka nie menghafal kitab Allah ,dalam dada mereka Ada ayat2* Quran yg mulia. So x sepatutnya Kita bagi diorang makanan baki. Patutnya bagi diorang dulu, Kita makan baki
Quote lattehazelnut 8-4-2019 08:03 PM
Diorg xpanas kan ke?
Quote adila39 8-4-2019 09:37 PM
this is not new. I selalu x setuju bila beri lauk lebihan. kalau nak bagi.. bagi yg fresh. Mmg sikap org kita. I just hate it
Quote pai.kacang 9-4-2019 07:57 AM
lagi baik.. kalau jemput je anak2 tahfiz dengan cikgu2nya dtg kenduri tu. tuan rumah pun dapat keberkatan. bukan bagi saki baki
Quote tri-max 9-4-2019 08:35 AM
nak sedekah, siap asingkan dlu bahagian nyer
bukan lebihan lauk para tetamu
slalu aku tgk org mcm ni, tp org jawa klu buat berkat mmg diasingkan awal2
tetamu balik terus bagi, bukan nak suh tetamu tggu jap nak cari plastik la , bekas la
Quote cikgujun 9-4-2019 10:52 AM
i sendiri pernah buat mcm ni, so shame of me! lepas tu ada hamba Allah tegur after i hantar kuih muih lebihan open house tapi skrg i dah insaf

i pernah melawat rumah2 anak yatim to give sadaqah from one millionaire ni, ada seorang penjaga anak2 yatim ni bgtau klu nk jemput anak2 jagaan dia kene raikan betul2, jgn nnti sampai hall banquet hotel takde meja kerusi,suruh makan atas lantai, and i was like betul jugak kan? so from that day, klu i jemput anak2 yatim be it personal or company's event,mesti ajak betul2,raikan mcm VIP
Quote nuryakmal 9-4-2019 11:11 AM
ke nak suruh budak2 ni tolong basuhkan periuk tumbler bagai?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063572 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top