Nama tidak didedahkan, pelajar perempuan berumur 21 tahun tersebut memulakan perniagaannya dengan membeli seluar dalam terpakai secara pukal dengan harga serendah RM20 dan menjualnya kembali dengan harga hampir RM 500 sepasang. Lumayan juga ya? Menurut sumber berita online Glamour, seluar dalam yang dijual bergantung kepada keadaan dan cas tambahan juga dikenakan untuk mereka yang inginkan pelajar tersebut 'selfie' dengan seluar dalam pilihan. Pelajar tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai web cam girl telah mula terjebak dalam perniagaan seluar dalam terpakai secara online sebagai pendapatan tambahan.
Dia juga menambah bahawa tidak pernah berasa dirinya diancam bahaya dan berasa gembira kerana dapat menolong orang yang mempunyai ketagihan yang pelik seperti ini. Sebagai tambahan, pelajar ini juga menyediakan perkhidmatan mencium bau ketiak sebagai layanan eskstra bagi yang mahukannya. Pendapatan yang dia dapat? Hampir RM 2000 untuk satu sesi. Menurutnya, perkhidmatan itu disediakan jika ada permintaan dan dia tidak perlu membuka baju sepanjang sesi itu berlangsung. Tempoh yang dibenarkan adalah selama 15 minit. Pelajar tersebut yang kini sedang belajar dan membuat perkhidmatan 'aneh' ini juga bekerja sebagai pelayan restoran dan servis layanan anjing untuk bersiar-siar. Keseluruhan pendapatan dia dianggarkan dalam 200k setahun. -CARI
|
ADVERTISEMENT