CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Anjing Diikat, Dijerut, Dibalun Sampai Mati'- Netizen Kesal Haiwan Liar Dibunuh Dengan Kejam

6-4-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5924| Komen: 53|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kehadiran anjing liar di sesebuah kawasan perumahan seemmangnya membimbangkan. 

Selain mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, anjing-anjing ini juga kadang kala membawa penyakit berbahaya dan menggigit orang awam terutamanya kanak-kanak.


Kredit foto: Facebook
Oleh sebab itulah Majlis Perbandaran mempunyai tanggungjawab besar untuk menangkap anjing-anjing liar ini demi membasmi penularan penyakit berjangkit dan mengekalkan ketenteraman awam.

Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Borneo mencetuskan perdebatan hangat. Ini kerana gambar itu menunjukkan beberapa ekor anjing liar dibunuh dengan kejam.


Kredit foto: Facebook
Tambah memanaskan perbincangan, seorang netizen yang mengaku pernah bekerja dengan sebuah Majlis Perbandaran mendedahkan bagaimana mereka menangkap, menjerut, mengikat dan membalun anjing-anjing liar ini sebagai cara mudah untuk membasmi mereka.


Kredit foto: Facebook
'Team akan ke tapak lokasi, jerut dan tangkap masuk lori, ada yang diikat, dijerut dan dibalun sampai mati tanpa perikemanusiaan, kami hanya ikut arahan' kata lelaki yang dirahsiakan namanya itu. Beliau bagaimanapun mengatakan sudah berhenti kerja kerana tidak lagi sanggup melakukan kerja yang kejam itu.


Kredit foto: Facebook
Berikutan pengakuan lelaki itu, netizen mengutuk sekeras-kerasnya cara yang digunakan untuk membasmi anjing-anjing tersebut. 'Mereka pun makhluk Tuhan, tak wajar kita bunuh dengan kejam' kata seorang netizen. 'Kita sebagai manusia perlu ada hati nurani, ingat balasan tuhan' tambah seorang lagi.


Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun sesetengah lagi menyalahkan pemilik anjing yang tidak menjaga dan mengawal binatang peliharaan mereka sehingga mengancam orang awam.  'Ada juga tuan yang tidak dapat dikesan sedangkan anjingnya berkeliaran dan menyebarkan rabies dan penyakit berbahaya lain,' kata netizen lagi.


Yang pasti, netizen menggesa majlis perbandaran supaya menggunakan kaedah yang lebih bersesuaian untuk membasmi masalah anjing liar ini. -CARI
5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 6-4-2019 12:39 PM
Kejam gila
Quote cupu 6-4-2019 12:46 PM
Xde cara lain ke dr bunuh mcm tu...racun maybe.. kat youtube lg ngeri tengok org cina bunuh anjing...mmg kemurungan la.
Quote najib888 6-4-2019 12:48 PM
Betui ka cerita mamat yg kononnya penah keja majlis perbandaran tu? Setau aku, sop depa, suntik dengan ubat apantah bg anjing mati dengan tenang. Tak de nya nak seksa2..

Kalau betui macam yg dia kata, mmg haram zaddah la maknusia dera haiyawan macam tu..
Quote CiliPadiSedap 6-4-2019 12:49 PM
Kenapa xmandulkan anjing? Mungkin blh guna cegah hamil? Kondom?
Quote EvieWanKenobi 6-4-2019 12:51 PM
betul ke cerita bro tu?
Quote buapakperut 6-4-2019 12:53 PM
kesian ibu anjing tu sedih. yang dibunuh tu dahla anak2 kecil. kejamnya manusia
Quote slavehunter 6-4-2019 12:54 PM
I ni ada soft spot kat anjing tau...masa kecik ada anjing nenek jaga kebun, sedih nya tengok anjing mati macam ni, anjing kitorang dulu pun ada orang bunuh.
Quote Sang_Pencinta 6-4-2019 01:04 PM
Kesiannya mak anjing tu semua anak dia dah mati
Quote AbukRokok 6-4-2019 01:13 PM
pihak berkuasa umpama Demigod
kalau tak ikut arahan atasan pihak berkuasa tak makan la jawabnya
kalau ikut  arahan.... Tuhan yang sebenar memberi balasan
Quote akuni 6-4-2019 01:21 PM
Sedih pla hakak nengok mak anjing bsama anak2 nya tu ...ibu manala yg x sedih kehilangan anak. Kejam sungguh2 manusia yg buat nih.durjanah
Quote bondeh 6-4-2019 01:43 PM
Bagi saya lah seorang pencinta kucing & haiwan, jika ada ibubapa muda tibah anak dapat penyakit kronik yang pelik2, terus terlintas di kepala otak saya, apa kau laki bini punya punca rezeki, kerja apa yg kau buat, ye itu ujian, tapi sorry to say, itu je yg saya fikirkan.

Contoh terdekat, jiran saya bela kucing tapi macam menyeksa bg makan sekali sehari, selalu kami yg akan bg sebab tak sampai hati ngiaw2. Akibatnya anak kecik dia tiap2 malam melalak macam kena sampuk syaiton. Ketulahan kau laki bini buat kucing macam tu.

Peace!
Quote munchkin 6-4-2019 02:07 PM
Sak ahli keluarga kitak org dibunuh sama cam ya. Bugimakkkkkkk
Quote bakingsoda 6-4-2019 02:22 PM
CiliPadiSedap replied at 6-4-2019 12:49 PM
Kenapa xmandulkan anjing? Mungkin blh guna cegah hamil? Kondom?

yg acah2 pencinta haiwan tu la bela pandai suruh neuter "harommmmm mandulkan haiwan mengekang kemahuan mereka untuk mengawan" pastu buang kat pasar halalan toyyiban certified by jakim pakej dapat kunci sorga kot?
Quote nono86 6-4-2019 03:00 PM
Kesiannya tgk
Quote hitam_manis 6-4-2019 03:53 PM
Kalau betul cerita nih, memang sgt kejam
Quote esteryen 6-4-2019 04:35 PM
najib888 replied at 6-4-2019 12:48 PM
Betui ka cerita mamat yg kononnya penah keja majlis perbandaran tu? Setau aku, sop depa, suntik deng ...

Setau aku, sop depa, suntik dengan ubat apantah bg anjing mati dengan tenang. Tak de nya nak seksa2..
.
SOP nya mmg patut mcm tu tapi yg kerja dlm2 ni nak ambil jalan mudah n cut cost, ntah2 pembelanjaan utk beli ubat suntik tu mereka ambil!
And u x pernah ke tengok cara iblis2 ni time tangkap strays? Mmg dia jerut leher mereka sampai ada yg muntah darah.
.
Quote esteryen 6-4-2019 04:37 PM
najib888 replied at 6-4-2019 12:48 PM
Betui ka cerita mamat yg kononnya penah keja majlis perbandaran tu? Setau aku, sop depa, suntik deng ...

u nak tengok, cuba u pergi kat MPKJ!
.
ada je yg rekod videos n upload kat fb.
.
bila hilang kat hutan ke apa tau pula kena minta bantuan ANJING! xkira la anjing terlatih ke liar, ANJING tu juga yg diperlukan..puiks
.
Quote lemak_masin 6-4-2019 06:57 PM
Biar je ler anjing  liar tu.... Jangan dibunuh, jgn ditangkap.. biar.. biar..  pecinta anjing kejenye utk bg makan je..bila anjing tu kenyang boleh ler beranak pinak banyak2.. itu je laaa cara mencintai anjing ...
Quote OrkedCattleya 6-4-2019 07:04 PM
Kesiannya

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.466535 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top