Jika dulu, lelaki sering dikatakan golongan paling pemalas, tapi tidak kini. Entah di mana silapnya, semakin banyak perkongsian di laman sosial menunjukkan sikap wanita pemalas, malah ada yang dikategorikan pengotor!
Cuba lihat periuk ini, boleh terbau-bau aromanya. Entah sudah berapa lama diabaikan selepas menggunakannya. Macam anak kucing pula rupa kulat yang terhasil. Apalah nak jadi dengan perangai pemalas melampau begini. Menurut pengguna Twitter @shzlnmsrf, tiada seorang pun di antara teman serumahnya mengaku salah telah 'memperdajalkan' periuk nasinya sedemikian rupa.
Langsung tidak berterima kasih! Sudah menggunakan barang orang, tidak dijaga dengan baik pula. Ramai netizen tidak berpuas hati dengan perangai menjijikkan teman serumah gadis itu. Bagaimanapun, beberapa pengguna Twitter menyarankan agar gadis terbabit tidak membuang periuknya itu, sebaliknya memberi beberapa tip untuk membersihkannya. Masih lalukah anda menggunakan periuk itu walaupun sudah disental dengan pelbagai produk pencuci? Tapi, bagi mereka yang dalam bajet ketat, terpaksalah pejam mata saja, kan? - CARI
|
ADVERTISEMENT