Lahir di dunia ke dakapan ibu dan ayah, perginya seorang pelajar ini juga dalam dakapan ibu dan ayah tercintanya. Menurut Harian Metro, seorang pelajar kembali ke rahmatullah selepas berlakunya kemalangan dalam perjalanan ke Majlis Konvokesyen GiatMARA di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.
Suasana di tempat kejadian diselubungi hiba dan pilu apabila Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20 yang mengalami kecederaan pada rusuk kiri meninggal dunia dalam pangkuan ibu dan ayahnya. "Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan. Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang," katanya ketika dihubungi, hari ini. Kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan. Menurut kakak mangsa, adiknya itu menunjukkan petanda pelik apabila meminta untuk menyarung pakaian putih semasa majlis konvokesyennya nanti. Netizen yang membaca kisah ini turut sebak apabila terbayangkan perasaan ibu dan ayah mangsa apabila melihat anak mereka pergi di depan mata. |
serinegara: Innalillahiwainnailaihirajiun.**************Technically, siapa yang bersalah dalam kemalangan ni? Kereta ke motor? Speed limit berapa?I think motor tu ...
ADVERTISEMENT