CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mama Tidak Malukah Ada Anak Seorang Banduan?" Erma Fatima Kongsi Cerita Anaknya

5-4-2019 11:12 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5301| Komen: 18

Foto: IG
Erma Fatima adalah pengarah yang tersohor di Malaysia. Dia juga seorang ibu seperti masyarakat normal yang lain. Semalam dia ada berkongsi kisah tentang anak ketiganya yang merupakan seorang bekas banduan. Perkongsian itu membuat netizen sebak kerana dia tidak malu berkongsi cerita tentang hidupnya dengan orang ramai.

Di dalam video instagram yang dimuat naik oleh Erma, dia menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak banduan. Banyak dugaan yang terpaksa dia lalui dalam membesarkan anaknya itu, tiba-tiba pada satu hari anak angkatnya itu telah pulang ke pangkuan ayah kandungnya. 

Tidak lama kemudian pada Mei 2016 anaknya telah ditangkap polis dan disabitkan bersalah di atas jenayah yang dirahsiakan. Apabila anaknya dipenjara, memang hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak angkatnya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sanggup melanggar udang-undang negara dan dipenjarakan.


Semasa anaknya itu di dalam penjara, Erma langsung tidak menjenguknya kerana dia marah, kecewa dan malu. Hanya keluarganya sahaja yang selalu datang menjenguk. Apabila anaknya itu telah keluar dari penjara, anaknya yang lain takut untuk membawanya pulang ke rumah kerana mereka bimbang Erma tidak dapat menerimanya kembali.


Walaupun dia tinggalkan aku. Hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN.

Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..."Mama tak malu ke bagi tahu orang anak mama bekas banduan?".

Memang sebak habis netizen dibuatnya apabila menonton video tersebut di Instagram. Erma berjanji akan menceritakan lagi apa sebab anaknya itu masuk penjara. Semoga semuanya baik-baik lepas ini. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-4-2019 11:44 AM
Ingatkan aiman tino
Quote virgocircus 5-4-2019 11:47 AM
Everybody deserve a second chance.
Quote siputsedut 5-4-2019 12:08 PM
Tiba2 nk kepochi kenapa anak dia balik ke keluarga asal? Masa tu heols dh umur brp? Happy citra abang dia balik...
Quote pearl.silver 5-4-2019 12:33 PM
Erma xde update sambungan ke
Quote ninnamina 5-4-2019 12:48 PM
Si anak dah dpt pengajaran dia..
Quote kodoklawa 5-4-2019 01:05 PM
memang adik beradik kandung dengan Citra ke ?senyuman seiras.Zaman cerekarama dulu ..budak2 ni ada berlakon dgn erma sekali.
Quote limau_lemon 5-4-2019 01:09 PM
anak erma yg penah bercinta dgn sh sakinah yg mana satu ..
Quote AwanCikDania 5-4-2019 01:36 PM
Ohhh. Ni adik beradik dgn citra ke.
Quote ajuwa 5-4-2019 01:56 PM
limau_lemon replied at 5-4-2019 01:09 PM
anak erma yg penah bercinta dgn sh sakinah yg mana satu ..

ahmad albab tak silap nama anak irma yang sh sakinah bercinta dulu
Quote bazarayamy 5-4-2019 02:56 PM
hati seorang ibu, betapa sdih betapa terluka pun. sayang dia tu xkan ilang.
Quote puteribaya 5-4-2019 03:02 PM
moga anak nya dapat dah pengajarannya..pelik gak,,apa terjadi pd parent budak 3 org ni sampai sanngup berikan 3 beradik ni pd Erma..moga lepas ni..happy ending hendaknya famili ni..Erma yg ku kenal sgt baik dan murah hati
Quote Rapz 5-4-2019 03:46 PM
Yg part sedih bila anak erma cite mkn nasi + ikan rebus je kesian...tapi mmg erma nie baik hati orgnya...
Quote AyaqMeloSuam 5-4-2019 06:00 PM
Walaupun bukan kita yg kandung.. tp kita yg jaga mkn minum pakai semua.. saki demam.. i feel u sis..
Sedeyy...
Quote R.A.M.A_mirror 5-4-2019 06:27 PM
baru baca di IG  tadi..
emma ni tiada anak kandung kan..
so semua anak angkat or tiri sahaja..

dia kata mahu share kenapa ahmad dipenjarakan..
tapi xde share pon..

anyone know the story  ?  share sikit..hehe
Quote supernaturalee 6-4-2019 11:28 AM
Xpyh lh kot citer knape die dipenjarakan
Bimbang nets kata bkn2
Mn lh tau kslhn melibatkn org lain
Sama ada msh hidup atau sblknya


Quote gunong 6-4-2019 11:35 AM
Baik betul emma! Smoga emma bahagia dgn anak2 angkat dia wlupun tanpa suami disisi
Quote sokmogitu 6-4-2019 12:14 PM
R.A.M.A_mirror replied at 5-4-2019 06:27 PM
baru baca di IG  tadi..
emma ni tiada anak kandung kan..
so semua anak angkat or tiri sahaja..

Anak tiri dia sempat sorg je kan? Lps dia cerai dgn bada, anak2 bada dgn aida lepas tu bukan anak tiri dia
Quote chinta89 8-4-2019 12:47 PM
x pyh la buka aib sis, better tamat kat situ je. x perlu bgtau anak tu salah ape, kenapa itu kenapa ini..

biarlah dia hidup diberi peluang kedua mcm biasa je.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.113814 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top