CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyaris Ditetak Kerana Minta Upah RM50 Dipulangkan

4-4-2019 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2741| Komen: 12

Berang janji dimungkiri, seorang lelaki bertindak meminta semula wang upah yang diberikan kepada seorang buruh.

Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila dia nyaris ditetak di rumah suspek di flat Desa Keluarga, Chendering, Kuala Terengganu, semalam.


Memetik Sinar Harian, dalam kejadian jam 9.42 pagi itu, mangsa, 56, meminta suspek, 38, memulangkan upah RM50 yang diberikan sebagai wang pendahuluan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.


Foto: Sinar Harian

Suspek bagaimanapun memungkiri janji, tidak melakukan kerja pembersihan berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang mendapat tahu mengenai hal itu nekad meminta semula wang upah berkenaan, tetapi suspek enggan memulangkannya hingga berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

Bimbang dengan keselamatan dirinya selepas mendapati situasi semakin menegang, mangsa beredar dari perkarangan rumah suspek.


Namun, ketika menuju ke kenderaannya, mangsa mendapati suspek menghampirinya dengan sebilah golok sebelum melibas ke arahnya.

Mangsa yang sempat mengelak bergegas masuk ke dalam trak pikap Toyota Hilux sebelum suspek bertindak agresif dengan membaling senjata berkenaan hingga terkena bahagian belakang kenderaan itu.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan membuat laporan di Balai Polis Chendering kerana bimbang dengan keselamatan dirinya sebelum suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1.20 pagi tadi.

Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JokesCop 4-4-2019 05:45 PM
Mengikut undang2 baru, ini bukan menyerang. Ini namanya. Entah, tanya blastoff
Quote jagung5 4-4-2019 06:10 PM
Takutnya..zaman sekarang..benda kecik pun jgn cari pasal..makin hari tekanan hidup makin tinggi
Quote AwanCikDania 4-4-2019 07:56 PM
Tekanan hidup ke sampai ramai org bertindak luar kawalan ni. {:cryrun
Quote hanasensei 4-4-2019 10:06 PM
JokesCop: Mengikut undang2 baru, ini bukan menyerang. Ini namanya. Entah, tanya blastoff

Mengikut undang2 baru.. Salah mangsa sebab minta balik duit dia n bwrtindak melulu pergi ke rumah suspek
Quote OttoVonBismark 4-4-2019 10:13 PM
macam macam hal lah
Quote ikanmasin 5-4-2019 12:05 AM
nsb baik takde apa jd..sia2 mati sbb minta blk duit sendiri..bahaya zmn skrg ni
Quote sukacactus 5-4-2019 06:49 AM
Bak kata laki aku, org yg berhutang dgn dia, hidupnya xkan lebih senang
Jadi lebih susah sebab pakai duit xberkat
Quote renko 5-4-2019 11:02 AM
xheran negeri tu
Quote rospinki 5-4-2019 11:03 AM
kenapa gmbr tu mcm muka org dari san diego venzuela caracas..rupanya org ganu
Quote batmana 5-4-2019 12:19 PM
polis tu buat muka boring bergambar..

penat agknya posing

Quote brego 5-4-2019 01:07 PM
hanya pasai RM50, nyawa hampir terbang.
tak berbaloi langsung.
Quote Campanula 5-4-2019 03:08 PM
manakutkan...nak mintak hak sendiri pun sampai camtu sekali. camtu la dunia skrg sama macam org yg berhutang..orang yg bagi hutang datang mintak plak yang kena maki balik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.232800 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top