Sejak dibuka beberapa minggu lalu, cawangan IKEA di Pulau Pinang nampaknya sentiasa menjadi sebutan para netizen. Ada sahaja perkara yang menjadi viral dan kurang enak didengar. Semuanya gara-gara sikap rakus si pengunjung yang bagaikan tak pernah masuk ke pusat belah-belah perabot itu. Jika baru-baru ini ramai mengutuk bagaimana Ikea dibiarkan berterabur persis tempat gelandangan, terbaru, pengunjung dilihat menjadikan rak kontena sebagai tempat bergambar selfie. Sampai panjat tu, dah nak jadi monyet ke apa? Situasi itu mengundang rasa kurang senang dan juga marah di kalangan netizen lain. Mereka ini dikatakan bukan sahaja mengabaikan keselamatan, malah tidak hormat dengan 'tuan rumah'. Menariknya, perkara tersebut turut diluahkan oleh pekerja Ikea menerusi laman sosial. Terkinja-kinja bagai tiada sivik. Perangai macam monyet! Buruknya perangai depa ni! Jika sebelum ini kita sering mendengar kisah bagaimana Ikea dijadikan seperti rumah sendiri di kalangan rakyat negara China, jadi apa bezanya kita di sini? - CARI |
TravellingBear: Ikea johor kosong sekosong-kosong nye .... nengok la parking mmg kosong
ADVERTISEMENT