CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Halalkan Ganja Demi Perubatan?' Bicara Jumaat Ini Dalam Analisis TV Alhijrah

4-4-2019 10:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2970| Komen: 7|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Ramai yang terkejut dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki berumur 29 tahun pada 30 Ogos tahun lepas kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 1.4 kg THC dan 279 gram ganja mampat. 



Kredit foto: Facebook

Ini kerana lelaki itu menggunakan bahan tersebut untuk rawatan alternatif dan telah merawat lebih 800 pesakit menggunakan ganja. 

Susulan itu, perdebatan hangat berlangsung antara dua pihak; satu pihak yang menyokong penghalalan ganja sebagai bahan perubatan dan pihak yang satu lagi menentang sekeras-kerasnya tindakan menghalalkan ganja.


Kredit foto: Facebook

Pihak yang menyokong termasuklah beberapa ahli politik dan pengkaji perubatan, manakala yang menentang adalah penguatkuasa undang-undang.

Susulan isu yang panas ini, rancangan Analisis Bersama Finaz Yunus di TV Alhijrah bakal membincangkan tajuk 'Halalkan Ganja Demi Perubatan?' pada Jumaat, 5 April, Jam 10 malam. 

Antara panel yang telah dijemput termasuklah Puan Intan Mustika Putri, Presiden Malaysia Society of Awareness (MASA). 


Kredit foto: Facebook

Penerbit dikatakan masih lagi mencari beberapa panel lain bagi mewakili pihak penyelidik perubatan dan 'pengamal penggunaan ganja'.


Kredit foto: Facebook

Perbincangan ini sudah pastinya akan mencetuskan perdebatan memandangkan khayalak juga kelihatan masih berbelah bagi mengenai kemungkinan pelaksanaannya, walaupun ada beberapa ahli politik sudah mengeluarkan kenyataan menyokong menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan.


Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda menyokong usul tersebut? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 11:26 AM
Kalau perubatan saya setuju jer

macam morfin kan?

Cuma morfin tak boleh tanam sendiri??
Quote pai.kacang 4-4-2019 11:32 AM
alangkan ubat batuk disalah guna. inikan pulak dah terang2 dadah
Quote CiliPadiSedap 4-4-2019 11:33 AM
akak sokong kalau ada proven medicine bukan placebo effect.

sokong ada sistematik places untuk patient yang cure guna ganja bukan open area or private area.

bila xterkawal takut jd port port layan stone pula.
Quote Sang_Pencinta 4-4-2019 11:34 AM
Hanya orang orang berdaftar atau berlesen boleh bagi rawatan guna ganja
Quote AwanCikDania 4-4-2019 08:01 PM
Okay lah boleh tgk.
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 01:58 AM
Kalau untuk tujuan perubatan, ok la...
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 10:09 PM
Dah start dah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057531 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top