CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Britney Spears Dimasukkan Ke Pusat Rawatan Mental Kerana Tekanan

4-4-2019 10:37 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7210| Komen: 26|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Baru beberapa minggu lalu, kita mendengar khabar Britney Spears menangguhkan album dan konsertnya di Las Vegas. Kini, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan penyanyi itu dimasukkan ke sebuah Pusat Rawatan Mental kerana mengalami tekanan melampau.



Kredit foto: Carian Google

Sumber memberitahu TMZ bahawa punca tekanan itu adalah kebimbangan Britney mengenai penyakit ayahnya yang semakin kritikal. 

Ayahnya, Jamie Spears sudah menjalani dua pembedahan besar untuk merawat penyakit usus besar, tetapi pembedahan itu dikatakan berdepan beberapa komplikasi lain.


Kredit foto: Carian Google

Britney yang sanggup menangguhkan semua persembahannya dikatakan sangat tertekan dengan keadaan itu. Beliau sempat memuat naik status 'Saya perlukan masa untuk merawat minda, fizikal dan jiwa'.


Kredit foto: Carian Google

Britney dijangka akan mendapat rawatan di pusat itu selama 30 hari. Sehingga kini, semua harta benda Britney masih lagi di bawah jagaan ayahnya susulan perintah mahkamah pada tahun 2008. 

Ini berikutan masalah mental yang sama dihadapinya pada tahun itu dan hampir memusnahkan seluruh hidupnya. 


Kredit foto: Carian Google

Britney bernasib baik kerana ayahnya telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan menjadikan kehidupannya kembali normal. Kini, kebimbangan Britney ke atas kesihatan ayahnya pula memberi tekanan baru kepadanya.


Semoga Britney akan tabah menghadapi kemelut kesihatan ayahnya. Bertabahlah, Britney! - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Laracinta 4-4-2019 10:47 AM
Semoga Britney tabah hadapi dugaan. Kalau bukan bapa dah lama Britney jadi seperti Lindsey Lohan
Quote AwanCikDania 4-4-2019 11:09 AM
I is kesian with britney. Keluar masuk rehab je. Haritu mcm dh okay tgk ig dia. Dia bersenam utk kekal fit and jaga body.
Quote CiliPadiSedap 4-4-2019 11:31 AM
kasihan dia, kalau kat malaysia kita panggil tanjung rambutan kt sana kita panggil rehab. moga ada institusi untuk rehab kaunseling untuk pesakit seperti bumi leper laksa
Quote pai.kacang 4-4-2019 11:39 AM
kat malaysia ni ramai yang tekanan perasaan / mental dekat rumah. tapi sebab stigma masyarakat.. sebab tak mampu dari segi kewangan atau sebab diri sendiri xde ilmu... biar je sakit tak di rawat.
Quote MisXoXo 4-4-2019 12:10 PM
hr tu nmpk dh ok..sekali tangguh pd jan..dn smlm ke hr ni dia up status nmpk pasrah berserah..rasa lain mcm..betullah xsihat
Quote sumie 4-4-2019 01:21 PM
Kesian dia
Quote ikanmasin 4-4-2019 01:41 PM
bapa dia kan..mmg syg sungguh britney
Quote arynna 4-4-2019 01:49 PM
Minat sangat lagu2 dia ni
Quote danieladam 4-4-2019 07:24 PM
Sheols ok lagi ke menyanyi live dan buat persembahan? Zaman popular dlu pon menyanyi mcm ke laut, zaman dh kertu ni lagi lah pulak kot. Ke sekadar miming atas pentas jah?
Quote dua_chzy 4-4-2019 07:29 PM
danieladam replied at 4-4-2019 07:24 PM
Sheols ok lagi ke menyanyi live dan buat persembahan? Zaman popular dlu pon menyanyi mcm ke laut, za ...

Akibat dipaksa syarikat rakaman untuk buat suara husky baby voice itu, suara asal Britney dah lama rosak so memang dari dulu sheol dah tak dapat nyanyi live dengan baik.

Ingin tahu suara asal sheol yang dirosakkan syarikat rakaman dengan alasan suara gini too common dan takda market? Nah:

[youtube]6Xlv4Cj68s0[/youtube]

Cari ja part Britney. Dan sila enjoy mencari dan meneka muka2 pemes dalam video ni selain Britney, Christina dan Justin.
Quote gigahertz 4-4-2019 07:36 PM
AwanCikDania: I is kesian with britney. Keluar masuk rehab je. Haritu mcm dh okay tgk ig dia. Dia bersenam utk kekal fit and jaga body.

dia stress umur meningkat naik. biasanya kait dengan kewangan.
Quote dua_chzy 4-4-2019 07:36 PM
AwanCikDania replied at 4-4-2019 11:09 AM
I is kesian with britney. Keluar masuk rehab je. Haritu mcm dh okay tgk ig dia. Dia bersenam utk kek ...

Hidup pop stars, selebriti, di negara luar Malaysia ini penuh tekanan. Selain jadik mesin buat duit dikerah tenaga habis-habisan dan dikelilingi fake people, meka juga sah2 mangsa sex predator. Tu yang ramai depressed pehtu amik alkohol, dadah huntok lupakan kemurungan seketika. Kita ja nampak deyol seronok hidup kaya dan pemes. Kita tatau struggle deyol gimana.
Quote AwanCikDania 4-4-2019 07:45 PM
dua_chzy replied at 4-4-2019 07:36 PM
Hidup pop stars, selebriti, di negara luar Malaysia ini penuh tekanan. Selain jadik mesin buat dui ...

Itulah. Lagi sorg I kesian si Selena Gomez . Kelebihan diorang dari segi duit jelah. Dapat lah hidup bermewah. Mmg duit byk giler. Mcm si Ariana Grande describe dlm lagu dia 7 Rings . “I like it . I want it . I get it.
Write my own checks like I write my own sings. “
Quote AwanCikDania 4-4-2019 07:47 PM
gigahertz replied at 4-4-2019 07:36 PM
dia stress umur meningkat naik. biasanya kait dengan kewangan.

Tapi baru2 ni dia ada buat tour kan. Mesti masyuk. Maybe sbb ayah dia sakit lah ni kot. Dia susah hati. Stress.
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 02:03 AM
Kesian dia..
Quote hyie 5-4-2019 04:59 AM
britney still kena bayar duit kat kfed lagi ke tak ye? menyampah meols kat kfed tu..gichew anak2 sheols dedua dah besar. iols tak rasa britney ada masalah kewangan pon, tapi lebih kepada kesihatan diri dia sndiri, selain ayah dia...plus tekanan orang sekeliling yang nak amik duit atas angin jeh...mohon album baru britney letops yach
Quote DeeHanania 5-4-2019 10:23 AM
ksian Britney...
Quote ikinbest 5-4-2019 05:09 PM
dua_chzy replied at 4-4-2019 07:29 PM
Akibat dipaksa syarikat rakaman untuk buat suara husky baby voice itu, suara asal Britney dah lama ...

i nmpk ryan gosling .. hehe
Quote dua_chzy 5-4-2019 07:08 PM
hyie replied at 5-4-2019 04:59 AM
britney still kena bayar duit kat kfed lagi ke tak ye? menyampah meols kat kfed tu..gichew anak ...


Mohon DM akak Britney dah udah2 la menyeksi di zaman kertu tu. Rengsa aiol melihat sheol pakai swimming suit la, outfit ala2 two piece la, bila menyanyi semasa konsert, dengan buah dada membuak2 pehtu bergerak macam robot. Dah sampai masa akak BritBrit menutop aurat (kecuali rambut). Tingin meols tengok sheol pakai baju kurung cotton. Musti comel.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.081425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top