CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Tak Dapat Keluarkan Duit Di Bank Ditembak Polis

3-4-2019 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12643| Komen: 122

Seorang lelaki berusia 41 tahun mengamuk dan cuba menikam anggota polis selepas gagal mengeluarkan wang di sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang.

Berita Harian melaporkan, dalam kejadian 2 petang semalam, suspek cedera ditembak anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.



Foto: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang mengesahkan kejadian berkata, dua anggota URB 3 dikerahkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, suspek sudah beredar ketika anggota tiba di lokasi kejadian sebelum dimaklumkan pengawal keselamatan bank terbabit bahawa suspek memberitahu akan kembali pada jam 2 petang.

Difahamkan, suspek mengugut akan mengamuk jika masih tidak boleh mengeluarkan wangnya.

Anggota dihubungi semula pada jam 2 petang apabila suspek kembali ke premis berkenaan dan sebaik tiba semula di lokasi, mereka mendapati suspek sedang marah-marah sambil memegang pisau di hadapan bank.


Tambahnya, usaha seorang anggota cuba memujuk suspek selama 20 minit gagal apabila lelaki itu bertindak agresif dan mengejar anggota sambil menghunus pisau ke arah anggota terbabit.

Situasi itu memaksa polis melepaskan empat das tembakan dan dua daripadanya mengenai bahagian perut suspek.

Menurut Shamsul Amar, suspek berasal dari Sabah dan menetap di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang itu mengamuk selepas mendapati wangnya belum masuk ke dalam akaun miliknya.

Katanya lagi, sebuah mesin juruwang automatik (ATM) turut dirosakkan ketika suspek kembali buat kali ke dua di premis berkenaan.

"Suspek sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan manakala kedua-dua anggota URB itu tidak mengalami kecederaan," katanya yang mengesahkan pihaknya turut merampas sepaket serbuk putih disyaki dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati, suspek yang di bawah pengaruh dadah ketika kejadian memiliki empat rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI


Video: YouTube Berita Harian Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 2-4-2019 06:12 PM
Sapa2 yg sblm ni fikir tak logik org yg cuma bersenjatakan pisau berani serang polis yg ada senjata api.....nah....bukti ada kat dpn mata
Quote monsterwife 2-4-2019 06:16 PM
Kesian polis terpaksa lari.kan tembak kena kutuk2 tiada kemanusiaan plk.kasi tembak je.criminal
Quote aku_best 2-4-2019 06:16 PM
uish seramnya...Nasib baik tak der org awam jd mangsa....
Quote xtahumenahu 2-4-2019 06:18 PM
walaupun aku mmg padankan muke die..berlagak sgt nak bantai polis
...tp aku kesian jugak
huhuhuhu
bayangkan mmg terfikir nak amik duit harap ada duit dlm akaun
tgk2 xder...opkos lerr marah
cuma kalo dah dipengaruhi dadah...lg teruk laa marahnya
Quote wunan88 2-4-2019 06:21 PM
aku bukan kesiankan org baju merah tu sgt tapi polis malaysia nie xde tazer kea..yg macam omputih punya tue
Quote brego 2-4-2019 06:24 PM
bagus la kena tembak.
dalam pengaruh dadah tu.
naseb baik takde orang awam, or anak bini yang pecah kepala jadi mangsa dia.

bab ni aku sokong polis.
jangan bagi muka dengan criminals.
Quote GalileO 2-4-2019 06:30 PM
nak pula gaji tak masuk lagi.....terdesak nak beli dadah kut
Quote Atata 2-4-2019 06:35 PM
Dan dan ada sepeket serbuk putih plk kat badan ditemui.....
Quote danieladam 2-4-2019 06:39 PM
Iols sokong je tindakan polis tu sbb dalam video jelas die cuba serang polis tu dan polis tu mempertahankan diri.

Tp bab jumpa serbuk putih tu iols x percaya sangat, sbb iols tahu mcm mana struggle nya kawan iols bila kena aniaya polis, polis letak serbuk putih dalam beg heols. Lps tu bawak terus pi balai.
Quote zarul427 2-4-2019 06:42 PM


amik dadah
tu rasa cas cas kebal n bebal
Quote prettyuglybabe 2-4-2019 06:43 PM
dah duit tak ada dalam akaun cam mana nak bawak keluar..  adoiyai..
tapi kelakar pulak tengok polis tu mencicit kena kejar
Quote CiliPadiSedap 2-4-2019 06:46 PM
wunan88 replied at 2-4-2019 06:21 PM
aku bukan kesiankan org baju merah tu sgt tapi polis malaysia nie xde tazer kea..yg macam omputih pu ...

xkan nak bawa powerbank sis vokuru charge tazer? tazer tu ok untuk orang asia sebab badan tak sesado lembu afrika.. jadi kalau kena kesan cepat.
Quote AbukRokok 2-4-2019 07:44 PM
duit dah habis la tu sopping lazada 27/3 tapi xsedar
Quote dua_chzy 2-4-2019 07:50 PM
xtahumenahu replied at 2-4-2019 06:18 PM
walaupun aku mmg padankan muke die..berlagak sgt nak bantai polis
...tp aku kesian jugak
huhuhuhu
...

Takyah kesian la. Ntah2 terdesak nak amik duit sebab nak beli dadah. Tu yang bila tak dapat kuarkan duit, terus ngamuk sebab tengah gian sangat. Bodo. Baik tembak kat kapla ja bagi mati.
Quote dua_chzy 2-4-2019 07:51 PM
danieladam replied at 2-4-2019 06:39 PM
Iols sokong je tindakan polis tu sbb dalam video jelas die cuba serang polis tu dan polis tu mempert ...

Adakah heshe memang penagih/pengedar?
Quote pengecatbintang 2-4-2019 08:20 PM
prettyuglybabe replied at 2-4-2019 06:43 PM
dah duit tak ada dalam akaun cam mana nak bawak keluar..  adoiyai..
tapi kelakar pulak tengok polis ...

Agaknya polis tu ada belas kesian, kasi peluang lagi kat baju merah. Kalo polis polis tu tembak tanpa dikejar terlebih dahulu, nnt ramai plak yg kata  polis tu salah sebab baju merah tu x beri apa2 ancaman pun
Quote ninja boy 2-4-2019 08:37 PM
Elokla penagih dadah mati ditembak. Sepatutnya sesiapa positif dadah terus kasi tembak mati
Quote miszclassique 2-4-2019 09:23 PM
Sokong je polis tu tembak tapi nasib baik tak kena org awam yg lain. Phewwwwww kalau kena tu tak pasal2 je polis tu yg kedalam
Quote Lelaputra 2-4-2019 09:31 PM
tengah lalok tu dia x ingat apa dah....kena tembak camtu baru nak sedar

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top