CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sukar Mencari Tukang Masak, Ning Baizura Terpaksa Tutup Restorannya..

3-4-2019 10:31 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 18671| Komen: 106|Original author: Oleh: SakuraJo

Keputusan untuk mengusahakan restoran adalah sebagai meneruskan legasi arwah bapanya yang juga pernah menjadi pengusaha restoran, membuatkan penyanyi Ning Baizura tidak berputus asa walaupun dia terpaksa menutup restoran miliknya tiga bulan yang lalu. 



Restoran yang diberi nama Tudung Periuk itu pada mula nya mendapat sambutan hangat tetapi akibat kesukaran mencari tukang masat, banyak hidangan tidak dapat disediakan di retoran milik penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu.

Menerusi laporan Oh Media semalam, Ning Baizura menyatakan yang dia akan meneruskan lagi perniagaan kerana bidang nyayian bukan lagi punca pendapatannya. 

"Terkilan juga kerana restoran itu (Tudung Periuk) adalah simbolik kepada legasi arwah bapa yang pernah mengusahakan perniagaan makanan," ujar Ning seperti yang dipetik dari Oh Media. 



Restoran Tudung Periuk terpaksa ditutup. (Kredit foto : Carian Google)

Tambah Ning lagi, dia sedang merancang untuk membuka sebuah restoran dengan konsep yang berbeza dan akan menyediakan platform khas untuk dia dan rakan artis menyanyi kerana kebanyakan yang datang berkunjung ke restorannya sebelum ini adalah kerana mahu melihat dia menyanyi. 

"Bukan hanya saya, sebaliknya rakan artis yang lain juga berpeluang membuat persembahan di situ," kata Ning berhasrat menghiburkan pelanggan yang datang makan di restorannya kelak.Dia turut menyatakan yang dia dan rakan kongsinya sudah pun menentukan lokasi baru untuk restoran tersebut yang besar kemungkinan akan dibuka di Bangsar. 

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Ning. Semoga impian Ning akan terlaksana. -CARI   
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aznizazzadele 3-4-2019 11:14 AM
best ker kedai dia ni ? aku x sedar pun dia ada restaurant
Quote milanhawkin 3-4-2019 11:19 AM
baru nk tanya sapa pernah try....
Quote YomiuriLandMae 3-4-2019 11:21 AM
tatau pun kaka ning ade bukak restoran.. dkt mana?
Quote gerbera.memopad 3-4-2019 11:22 AM
Motip dah tutup baru aku tahu dia ada bukak restoran
Quote meow_tompok 3-4-2019 11:23 AM
bukak franchise mcd, kfc, subway tak yah stress carik tukang masak
Quote sayang_mulut 3-4-2019 11:28 AM
maybe mahal dan x sedap..so customer x dtng..tngok la location kt mana.. . tmpat Up Up..orang selalu time2 lunch makan kt gerai2 tepi jalan je sis...
Quote shoyuna 3-4-2019 11:37 AM
Eloklah tutup awal2 klu dah rasa tak boleh nak teruskan biz.. nanti expenses lagi bertambah tapi income kecik je.. tak pasal2 hutang bertambah

Takpelah ning.. kot ada rezeki lain lagi lepas ni selain nyanyi
Quote leylapple 3-4-2019 11:41 AM
nak buat business mcm nie, perlu carik tukang masak yg betul2 setia.. kena jaga dia...

dalam filem senario pun dah bgtau jatuh naik perniagaan makanan disebabkan oleh tukang masak..

kalau blh sendiri jadi tukang masak
Quote whadda 3-4-2019 11:44 AM
kat mane kedainye.. macam pernah nampak
Quote danieladam 3-4-2019 11:46 AM
Rasa macam baru lagi baca restoran ni dibuka, skejap je dah tutup? Pastu nak bukak lagi restoran lain plak?
Quote kucingitam 3-4-2019 11:53 AM
buat steamboat grill je ning..senang...customer sendiri jd tukang masak.
Quote Meiizu 3-4-2019 12:02 PM
start dgn foodcourt dulu lah ning.. org makan hari2 pegi cari yg murah.
kalau taknak teruk pikir maybe boleh consider franchaise.
Quote dekmieDandy 3-4-2019 12:28 PM
bukan ke orang cakap tempat dia bukak tu memang crowd x ramai pon, kedai dok bukak tutup je
Quote jeligoreng 3-4-2019 12:47 PM
Edited by jeligoreng at 3-4-2019 12:48 PM
meow_tompok replied at 3-4-2019 11:23 AM
bukak franchise mcd, kfc, subway tak yah stress carik tukang masak

Kalau franchise pun tak ada orang masak ke orang mogok nak masak ke, susah jugaaaa meow
Semoga baik-baik sajalah ya kak ning
Quote AshkieLa 3-4-2019 01:14 PM
nak bukak kedai makan.. paling selamat sendiri kena pandai masak, sendiri ade resipi tersendiri.. tak bergantung pada staff. kalo staff cuti atau lari.. ko sendiri boleh turun padang ke dapur sementara. Kalo takde tu semua, try laa kecik2 dulu.. amik order online mcm zarina zainuddin buat utk pulut kuning dia... then kalo support ok,  bukak gerai sekangkang kera dulu mcm kat food court mall. test dulu market and skill semua.. pastu dah ade follower, skill/ilmu pun padat baru sewa seketul kedai...
Quote prettyuglybabe 3-4-2019 01:27 PM
takat nasik campur goreng-goreng tu, masak je la sendiri..
kalau tak pandai, belajar la pastu practice sampai sedap baru buka kedai..
ini ilmu bisnes tak ada, ilmu masak pun tak ada, memang bungkus la..
set set ada duit tak tau nak buat apa ke dia ni?
buka kedai makan memang penat ye..
mana nak kena ke pasar, pastu prep pastu masak kemas..
sapa yang sanggup bangun awal tido lambat je boleh..
so kalau jenis buka kedai takat nak jadi bos, memang tak ke mana la jawapnya..
Quote mixed 3-4-2019 01:31 PM
bak kata bos cina aku
kalau nak ada restoren mesti kena pandai masak
tukang masak lari pn ko xda lar nk gelabah sb bole masak sendiri

ada bos yg pandai bila restoren maju
dorang bagi sikit share kt tukang masak tu supaya setia dgn dorang
Quote Fazzbulous 3-4-2019 02:36 PM
leylapple replied at 3-4-2019 11:41 AM
nak buat business mcm nie, perlu carik tukang masak yg betul2 setia.. kena jaga dia...

dalam file ...

Yup.. Owner kedai mesti pandai masak.. Sbb tukang masak takkan selalunya kekal setia.. Huhuhu..kalau tukng msak xde, owner blh ganti skjapp..
Quote boboiyot 3-4-2019 02:39 PM
Tokey wajib pandai masak at least menu yang dijual. Paling penting killer menu tu. Tak pun try la kecik2 dulu...online ke. Dah ramai customer baru cari tapak....

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.096991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top