CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Amboi, Selamba Je Mencuri' - Netizen Kecam Gadis Ini Kerana Pakar Mencuri

3-4-2019 10:52 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7156| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Misteri kehilangan telefon pintar Huawei Model P20 Pro milik seorang wanita akhirnya terjawab apabila rakaman CCTV di ruang depan sebuah kedai makan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab . 



Kredit foto: Facebook


Wajah pencuri itu jelas kelihatan dengan tangannya mengambil telefon itu ketika tidak ada yang memerhati. Bagaimanapun, pencuri tersebut lupa yang segala tindak-tanduknya dirakam oleh kamera tersembunya. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di KL Sentral baru-baru ini.

" data-width="500">Loading FB Post...



Dalam rakaman tersebut, pencuri tersebut kelihatan sedang berdiri di belakang wanita itu yang sedang yang sedang membuat pesanan makanan dengan pekerja restoran. Bagaimanapun, ketika pekerja restoran itu asyik melayan pelanggan wanita tersebut, pencuri itu perlahan-lahan menjulurkan tangannya ke dalam beg wanita itu di mana telefon itu disimpan.


Kredit foto: Facebook




Pencuri itu kemudiannya dilihat meninggalkan kedai makan dengan seorang lagi kawannya tanpa disedari oleh mangsanya.

Rakaman itu mendapat respon yang hangat daripada netizen. Ramai yang mengecam pencuri itu kerani perangai kejinya. Lebih menyedihkan, pencuri itu dan kawannya masing-masing mengenakan tudung.


Kredit foto: Facebook


'Amboi beraninya, selamba jer mencuri di siang hari' kata seorang netizen.

'Sungguh memalukan.. alangkah teruknya orang Melayu dan bertudung menjadi cemuhan gara-gara sikap serta perangai mahkluk perosak macam kamu berdua dik.. AMAT MEMALUKAN SEKAL' kata seorang netizen lagi.


Kredit foto: Facebook


'Gara2 mereka pakai tudung, hancur nama Melayu dan Islam. Mereka bukan islam dan islam x mengajar sedemikian. Mereka adalah org2 yg tiada agama simple as that!!' tambah seorang lagi.

Walau bagaimanapun, sebahagian lagi memohon orang ramai supaya tidak mengaitkan pemakaian tudung dengan imej mencuri.


Kredit foto: Facebook


'Utk pengetahuan korang yg komen2 tu.....nak marah cakap bagai jgn libatkan Agama boleh tak??? Agama tak ajar jahat, yg jahat jahanamsemua tu dari individu tu sendiri aku 12 tahun dah jadi mua-Alaf aku bangga dgn agama aku skrg ajar aku cara bersabar, menghargai, percaya rezeki tu dari Allah, tolong org ssh , bersedekah, rendah diri dan byk lagi......TOLONG JANGAN libatkan AGAMA !!!!!'


Kredit foto: Facebook


Yang pasti kejadian ini mencalarkan ramai lagi wanita bertudung yang tidak terlibat dalam perbuatan keji seperti ini.


Diharap dengan tersebarnya rakaman CCTV ini maka pencuri itu akan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman sewajarnya. - CARI 
7

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 3-4-2019 11:32 AM
Pandainya dia mencuri, selamba jer
Quote azwanaliori 3-4-2019 11:38 AM
Bila kene kt bangsa sndiri menggelupur memasing suruh jgnk kaitkan bangsa. Kene kat bangsa lain laju je caci bangsa org hahaha
Quote EvieWanKenobi 3-4-2019 11:43 AM
betul ke tu perempuan?
kot lelaki yang menyamar
berhijab bagai..
Quote myakayina 3-4-2019 12:10 PM
ni mesti dah biasa buat ni... semoga sempat bertaubat...
Quote pokaibanktokyo 3-4-2019 12:17 PM
Bodohnya sekor sekor. Nampak macam  melayu ka ? Sekarang ramai orang Cambodia menyamar jadi muslim untuk mengemis atau mencuri
Quote Sang_Pencinta 3-4-2019 12:22 PM
Ada rupa Cambodia ke??
Quote Artemesiaa 3-4-2019 12:29 PM
Zaman sekarang jangan mudah terpedaya dengan penampilan dan cuba jarak kan diri kalau ada di tempat yang ramai orang atau berhimpit
Quote leylapple 3-4-2019 12:37 PM
azwanaliori replied at 3-4-2019 11:38 AM
Bila kene kt bangsa sndiri menggelupur memasing suruh jgnk kaitkan bangsa. Kene kat bangsa lain laju ...

i loike ur statement...

betul tu...

but it goes both 2 ways...
Quote RatuDunia94 3-4-2019 02:04 PM
Man nk tgok video nya?
Quote haryatie 3-4-2019 02:14 PM
amboiii dia... bertudung tapiii..
da biasa buat kut ni
x nmpak mcam teragak agak pun
laju jerk
Quote OrkedCattleya 3-4-2019 06:37 PM
Ni la yg merosakkan nama melayu. Bertudung lg tu. Memalukan sungguh
Quote OrkedCattleya 3-4-2019 06:40 PM
azwanaliori replied at 3-4-2019 11:38 AM
Bila kene kt bangsa sndiri menggelupur memasing suruh jgnk kaitkan bangsa. Kene kat bangsa lain laju ...

Betul sangat...
Quote mialunar 3-4-2019 06:59 PM
Dah la pencuri tu rosakkan nama Melayu .. yang kondem cakap pasal bangsa pun orang melayu.. ape deme yang bercakap tu perasan bangsa tuna ke x pun bangsa bawangsia ..
Quote L211 3-4-2019 08:07 PM
bkn 2 ppuan je buat keje.. 3 org actually termasuk laki yg sama gemok dgn betina bercermin mata tu.. mkcik 2 bawang yg bertudung tu mesti terkedu tgok geng duk mcopet.. eiiii memalukan nama muslimah je.. tudung tu dah ok tp prangai NAUZUBILLAH
Quote cicicumel 3-4-2019 08:28 PM
skrg ni tudung and telekung adalah uniform x rasmi perompak. senang nak cover. lagi power kalu pakai purdah.
Quote yoppoy 4-4-2019 01:58 AM
Malu kantoi dah satu hal, tak pikir susah mangsa dok nak dapatkan phone tu. Iols pernah jadi mangsa copetan. Lagi haram bukan satu phone je, satu backpack dirembatnya terus. Sampai sekarang doa hasil dia copet tu buat dia sakit perut guling2 sambil buasir keluar usus
Quote chinta89 4-4-2019 11:43 AM
dah pro ni sb nampak biasa sgt curi gtu je
Quote trisnalovezul 4-4-2019 04:00 PM
pokaibanktokyo replied at 3-4-2019 12:17 PM
Bodohnya sekor sekor. Nampak macam  melayu ka ? Sekarang ramai orang Cambodia menyamar jadi muslim u ...

rupa melayu asli ya..haha tiada mixed mana..trima kenyataan org melayu mmg suka mencuri...
Quote pokaibanktokyo 4-4-2019 04:42 PM
trisnalovezul replied at 4-4-2019 08:00 AM
rupa melayu asli ya..haha tiada mixed mana..trima kenyataan org melayu mmg suka mencuri...

Rupa cambodia asli

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065226 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top