Fenomena drama bersiri Nur yang pernah menggegarkan
Malaysia tahun lalu kini kembali lagi cuba mencarik hati penonton. Kali
ini dengarnya lebih 'daring' dan menyentap tangkai hati penonton. Biarpun
tidak ditayangkan pada bulan Ramadan seperti tahun 2018, namun ramai
pihak meramalkan bahawa cerita percintaan antara pelacur dengan ustaz
ini bakal menaikkan rating drama tempatan sekali lagi. Ini kerana watak Juita yang dimunculkan oleh pelakon Azar Azami didakwa lebih hitam dan psiko. Malahan
penonton turut diseret dengan persoalan demi persoalan yang membawa
kepada tidak sabar untuk menyaksikan episod kedua dan seterusnya. Menerusi kemaskini pengarahnya di laman Instagram, Sharulezad menyatakan drama bersiri Nur 2 ternyata mendapat hits apabila 'trending' di laman media sosial.
Rata-rata penonton menyatakan episod pertama disajikan dengan cukup cantik dan sarat pelbagai persoalan. Dengan dialog-dialog yang keluar dari kepompong drama biasa, ia ternyata pilihan yang segar dan ditunggu-tunggu oleh penonton. Malahan kemunculan Azar walaupun sekejap membuatkan pelakon berdebar-debar dengan bahasa badannya serta lirikan matanya yang menggoda. Demi tidak menghampakan harapan penonton dan juga strategi pemasaran, Sharulezad turut melampirkan sedikit sedutan episod kedua yang akan ditayangkan pada malam ini.
|
YomiuriLandMae replied at 3-4-2019 11:17 AM
best ke nur ni?
blythes: aku cuba nak tengok semalam tapi tak feel lah sebab bukan ramadhan . nanti lah tengok kat tonton
ADVERTISEMENT