CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam 'Troll'! Adakah Ia Mimpi Ngeri Buat Ibu Bapa Jika Anak Hidap Sindrom Rambut Ini?

2-4-2019 06:20 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6558| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Kanak-kanak berusia tujuh tahun menghidap sejenis penyakit misteri di mana rambutnya keras kejung seperti terkena renjatan elektrik!



Malah, ibunya turut menyamakan keadaan rambutnya itu dengan patung ikonik Chucky dari filem thriller Child's Play.

Memetik Mirror, seramai 100 orang dari seluruh dunia menghidap sindrom (uncombable hair syndrome) sama seperti dialami Wynter Seymour. Dipercayai, Albert Einstein salah seorang daripadanya.



Kanak-kanak dari Northallerton, North Yorkshire dikatakan lahir dengan rambut hitam pekat yang lebat. Namun, kepalanya mula ditumbuhi rambut keperangan secara tiba-tiba.

Sejak itu, ibunya, Charlotte Seymour, 33, dan bapa, Michael Seymour, 35, memberi julukan Chucky kepada Wynter.




Charlotte mengakui rambut anaknya yang turut menyerupai watak animasi Troll menyebabkan dia sering dihimpit soalan mengenai kesihatan anaknya itu.

Manurut Charlotte, rambut kanak-kanak itu bukan sahaja kelihatan seperti terkena renjatan elektrik, malah ia turut sukar disikat kerana terlalu kusut dan bergumpal.



Keadaan rambutnya itu menyebabkan Wynter sering mendapat perhatian ramai dan dia menyukainya!

Difahamkan, hanya Wynter mengalami sindrom itu, manakala kakaknya yang lain, Savannah, 10, dan Esme, 9, memiliki rambut normal.

Pada mulanya, ibu bapa Wynter menyangkakan rambutnya akan mengeriting. Namun, ternyata ia menjadi semakin di luar kawalan.



Pelbagai cara dan produk penjagaan rambut sudah dicuba untuk melembutkannya, namun semua usaha mereka gagal 'menormalkan' rambut Wynter.

Malah, setiap hari kanak-kanak itu akan menangis apabila ibu bapanya cuba menguruskan rambut uniknya ketika bersiap-siap untuk ke sekolah.


Kredit foto: Mirror/Kennedy News and Media

Nasiblah dik, dapat rambut sukar diurus macam itu. Apapun, nasib baik Wynter seorang kanak-kanak yang yakin pada diri sendiri dan menerima keadaan rambutnya dengan baik. Kalau sesetengah orang, boleh kemurungan dibuatnya! 

Adakah ia mimpi ngeri bagi ibu bapa untuk menguruskan rambut anak yang kusut teruk? - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kookie92 2-4-2019 06:32 PM
kalau sikat, ikat helok2 takdelah macam kak limah
Quote dokupangg 2-4-2019 06:53 PM
Rambut iols masa kecik keras kejong mcm ni la mak iols kata sesuai dibuat mop dapur atau berus lantai. Tp dah remaja dah pandai jaga badan helok jahhh jadinya boleh libas-libas mcm iklan Pantene.
Quote Indahrupawan 2-4-2019 07:34 PM
Uishhh jenuh nak sikat
Quote sehirkedi 2-4-2019 08:33 PM
Alahaii.. Comelnya... Kalau sapu hair mask.. Mesti terurus rambutnya..
Quote dua_chzy 2-4-2019 11:42 PM
Propah la mak ngkau dek. Tak pircaya akak.
Quote hatohatomo 3-4-2019 12:18 AM
Weii comey niiii
Quote buapakperut 3-4-2019 01:28 AM
ikat ponytail aja senang. takdela liar sgt.
Quote achilles_heel 3-4-2019 09:59 AM
dah kalau payah nak urus, potong la rambut tu. ni x, biar panjang mengerbang mcm tu. dah la anak jantan
Quote Themilo 3-4-2019 10:18 AM
biasa jaaa.. anak buah meols umut 6 tahun pun rambut camni, bila kitorang keluar, dia akan ikat rambut dia bagi nampak kemas.. kat sekolah, sheols bertudung.. takde apa yang peliknya..
Quote matchstick 3-4-2019 11:12 AM
Naseb muka comel..dgn messy hair pun still nmpk comel
Quote Artemesiaa 3-4-2019 12:39 PM
Rajin buat hair treatment makin ok lah rambutnya nanti
Quote bazarayamy 4-4-2019 11:12 AM
ok jer... letak minyak and then ikat, kan kemas... takpun trim selalu. cari peralatan dan penjagaan rambut macam kat sini https://bazaraya.my/sport-goods-store senang je selesaikan..
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 01:13 AM
Muka comel..
Quote anastasia7 5-4-2019 08:39 AM
Sindrom rambut ni dh disahkan kah. Tk perasan dalam artikel parents rujuk kepada pakar. Mungkin sakit juga kalau di sikat
Quote muggleDylla 5-4-2019 08:48 AM
sekarang kan byk je jual hair calmer..pakai tu je uolss..
Quote DeeHanania 5-4-2019 10:27 AM
Hihihi,
comel gan rambut kejung tu,
rajin2 oles gan minyak rambut bgi lembut
Quote helicornia 14-6-2019 06:07 PM
comel je.klu budak comel la klu org tua jadi hodoh
Quote nur_rin 14-6-2019 09:07 PM
Xde nampak pelik pn.. Comel jer..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.116134 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top