Tanggal 30 Mac tahun ini telah dipahat sebagai ulang tahun yang pertama bagi 'The Great March of Return' bagi penduduk Palestin yang berjuang untuk mendapatkan hak untuk kembali ke tanah air mereka sendiri. The Great March of Return yang menghimpunkan ribuan penduduk Palestin di sempadan Gaza telah dimulakan pada tahun lepas pada tarikh yang sama dan 271 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis, termasuk 195 ketika perarakan serta 76 ketika perbalahan menurut laporan daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kredit: Youtube Walaupun Israel telah banyak kali melakukan jenayah di mata dunia, termasuk membunuh penunjuk perasaan, tetapi mereka dilihat masih kebal dengan pesta tindakan malahan tetap mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada sekutu kuat mereka, Amarika Syarikat. Menurut media perarakan pada tahun ini lebih "tenang" memetik daripada kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kumpulan Militan Hamas tidak menunjukkan sebarang serangan balas ke atas Israel selepas pembunuhan 4 orang penunjuk perasaan oleh pihak rejim itu. Dalam perkembangan yang sama Hamas mendakwa bahawa rundingan ke atas dua pihak menuju persetujuan. - CARI |
ADVERTISEMENT