Zaman sekarang ini, mempunyai badan yang sasa memang dah jadi trend terutamanya dalam kalangan lelaki yang inginkan tubuh badan yang gagh bagi memikat gadis- gadis di luar sana.
Tapi bagaimana pula jika wanita yang mempunyai badan yang berotot dan sasa? Walaupun tampak gagah, wajahnya comel seperti Barbie! Pelik kan kombinasi ini. Namun tidak pelik bagi wanita ini apabila dia digelar sebagai "Korean barbie Monster" kerana memiliki rupa paras seiras Barbie tapi mempunyai bentuk badan seperti Hulk. Yeon Woo Ji, 34 sememangnya terkenal di kalangan warga Korea sebagai ahli bina badan yang comel. Menurut wanita ini, dia mula menjinakkan diri dengan gimnasium kerana ingin membaiki masalah tubuh badan yang lemah dan cepat gemuruh.
Setelah mula bermain gim 14 tahun dahulu dan merasakan tubuh badannya kian cergas, Yeon Woo bertindak untuk menyertai pertandingan bina badan selepas dicabar oleh orang lain. Yeon Woo juga pernah memenangi pertandingan bina badan Arnold Classic Europe Amateur pada tahun 2013 dan kemudiannya dia menjadi ahli professional bermula pada tahun 2015. Comel lepas itu sasa pula, memang lengkap pakej. -CARI
|
ADVERTISEMENT