CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kita Semua Adalah Satu' - Terima Kasih New Zealand!

22-3-2019 05:45 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4995| Komen: 20|Original author: Oleh: Pink Lily


Hari ini, wanita-wanita New Zealand menyambut Hari Hijab Kebangsaan dengan memakai selendang atau skaf sebagai tanda solidariti terhadap tragedi Christchurch yang berlaku pada minggu lepas. Hari ini juga New Zealand telah mencipta sejarah dengan menyiarkan solat Jumaat secara langsung buat pertama kalinya. 

National Scarf Day 
Menerusi hastag #theyareus, #nationalscarfday, #headscarfforharmony, #newzealad dan #scarfsofsolidarity di Instagram dan Twitter, dapat dilihat ramai wanita bukan Islam berkongsi gambar mereka memakai skaf bagi memberi sokongan kepada Muslim seluruh dunia. 

  

Kredit foto:     Kiri: Bestdawneverr; Kanan: Layla_tejada
  
Kredit foto:     Kiri: Theecovegan; Kanan: Mymuslimmate
  
Kredit foto:     Kiri: Quinn_alexendre_nz; Kanan: Sabrina_Kama
  
Kredit foto:     Kiri: Alexandrad.p;  Kanan: Anna_thomas_nz
  
Kredit foto:     Kiri: Charvsthetank; Kanan: Suzieglewhilton
  
Kredit Foto:     Kiri: Monica_moraes; Kanan: Velvetdcollete
  
Kredit foto:     Kiri: Lizzie_ghafar; Kanan: Lelani111


Ribuan Hadir Solat Jumaat

Selain memakai skarf, penduduk NZ juga menghadiri dan melihat sesi solat Jumaat yang disiarkan secara langsung di Hagley Park hari ini, yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Noor. Turut hadir ialah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang sama-sama mendengar khutbah dari Imam Masjid Al-Noor, Imam Gamal Fouda.

Ardern turut memberi sedikit ucapan yang dimulai dengan hadith Nabi s.a.w.


"Nabi Muhammad s.a.w bersabda, 'Kaum mukmin dalam sikap baik, belas ikhsan dan simpati, seumpama satu tubuh, jika satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh berasa sakit'. New Zealand berkabung bersama kamu, kita semua adalah satu," katanya sebelum solat Jumaat dimulakan.

Kredit foto: The Guardian
Melalui khutbah, Imam Gamal menyeru agar pemimpin-pemimpin negara bersatu menentang ungkapan kebencian (hate speech). Beliau yang juga salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi itu menyatakan walaupun penyerang tersebut berniat untuk menyebarkan kebencian, hakikatnya dia telah menimbulkan sifat kasih sayang dan ikhsan. 

"Jumaat lepas saya berdiri di masjid ini dan melihat kebencian dan kemarahan di mata pengganas itu," katanya. "Hari ini di tempat yang sama, saya melihat kasih sayang dan belas ikhsan di mata ribuan warga New Zealand dan manusia lain di seluruh dunia."

Kredit foto: The Guardian
Ternyata budi dan sokongan yang ditunjuk oleh New Zealand ini wajar dipuji dan dicontohi. Meskipun tragedi berdarah ini lahir daripada sifat perkauman, ianya tidak boleh mematahkan semangat perpaduan di kalangan penduduk mereka. Terima kasih New Zealand! - CARI 

4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 22-3-2019 05:49 PM
touching pulak akak baca kata2 imam dlm khutbah jumaat tu....

Quote Orgkgdukobesi 22-3-2019 05:58 PM
Sementara itu di Masjid Lakemba (Masjid terbesar di Sydney) juga ada solidariti bersama ketua ketua agama lain. Australia dan New Zealand :kita adalah sekeluarga.
Quote Acikgomen 22-3-2019 05:59 PM
seri_mawr replied at 22-3-2019 05:49 PM
touching pulak akak baca kata2 imam dlm khutbah jumaat tu....

Kita pulak sampai saling bermaki makian kes kuil subang jaya yg sebenarnya bukan masalah perkauman pun
Memalukan
Quote fliphair8 22-3-2019 06:01 PM
Hikmah besar disebalik bencana.....Allah dah takdirkan kejadian berlaku di NZ...coz their empathy and morality is high....setting example for other nations...event murdoch press cant do anything about it.....bravo NZ!
Quote Sham143 22-3-2019 06:02 PM
Alhamdullillah..Setiap kejadian yg berlaku ada hikmah disebaliknya..Satu perkembangan yg positif antara rakyat new zealand yg berlainan agama dan bangsa..Semuga diberi taufik dn hidayah kepada mereka...Amin
Quote beatgirlX 22-3-2019 06:24 PM
Kita tetiba rasa kagum dgn PM New Zealand ni..
Quote mizziaz 22-3-2019 07:07 PM
Such an excellent example New Zealanders ni. High empathy, high sympathy. Iolls nanges terharu
Respect dgn cara PM NZ manage situasi ni.
Damage control bagus. Support system at all levels synchronized & lancar utk mudahkan urusan.
Quote YuyaToma 22-3-2019 07:22 PM
Alhamdulillah... Bagusnya... Kita pulak asyik bergaduhh je
Quote L211 22-3-2019 07:48 PM
bila rakyat bersatu padu inginkan keamanan di NZ hingga sanggup serahkan senjata AR utk dilupuskan utk keselamatan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama. sedangkan kita di Malaysia dh siap bergaduh sesama bangsa inikan pula berlainan bangsa dan agama.. perang fahaman politik lg... haihhh bila nak berubah tak tau laaa..
Quote moonbug 22-3-2019 08:28 PM
Hikmah yang indah
Quote afidahhb 22-3-2019 09:01 PM
Comey belaka pakai tudung loose2 gitu. Kalo kiter pkai.. macam.. hmmmm... xsanggup nak cakap.. adoyai..
Quote FOTHER-MUCKER 22-3-2019 09:05 PM
Kalau lah malaysia seperti ini kan bagus. Tapi apa boleh buat politik dan ajaran lobai memisahkan dia antara kaum dan agama.
Quote ninu 23-3-2019 12:18 AM
thanks new zealand....
Quote nazsh 23-3-2019 12:24 AM
Pm newzealand bagus..pndai hndle keadaan
Quote Iris. 23-3-2019 12:25 AM
My friend kat sana bekerja.. I tanya dia hows the situation.. Dia bangga gile dengan cara pm NZ handle the situation
Alhamdulillah memang orang sana terima baik je semua orang yang datang kat sana. Mulia subgguh hati depa.. Kita ni je ha bercakaran, hina menghina
Quote dua_chzy 23-3-2019 01:08 AM
Kesyumulan kafir ini wajar dicontohi.
Quote aijinmisaki 23-3-2019 10:13 AM
Respect dengan PM new zealand ni
Quote teloq 23-3-2019 10:28 AM
makin bengkaklah mata kapiaq, yahudi n bapok seanterioa donia, nk kurangkan moslem kt NZ tapi ujung2 mempercepatkan lg proses islamisasi di NZ.

even ibupertiwi  atau negara moslem lain pernahkah ayat2 suchi berkumandang dlm parlimen depa ? cuba buat kt parlimen malaysia, harus ummah2 kuil haram, ummah pelahap dan ummah atas pokok mengelupoq cakap ini war on them
Quote Dwdrum 23-3-2019 10:44 AM
negara mundur jah campurkan pentadbiran negara dengan agama ... NZ akan menjadi 1 of them

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top