CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia Jatuh Mendadak, Khalid Abdul Samad Disindir

22-3-2019 12:25 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3831| Komen: 20|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google



Dalam masa setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 jatuh mendadak ke tangga ke-80 berbanding tangga ke-35 pada tahun lalu.

Sudah tentu perkara yang amat kurang memberangsangkan itu menjadi bahan sindiran sebahagian besar netizen yang semakin resah dengan 'suasana kurang membahagiakan' yang dialami mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kesempatan itu untuk menyindir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang sebelum ini berbangga dengan prestasi Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2018 seperti yang dinyatakan dalam laman Facebook beliau pada 20 Mac.

Kenyataan Khalid Abdul Samad. Kredit foto: Facebook


Walau bagaimanapun, Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 yang disiarkan pada petang hari yang sama melaporkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin kurang gembira.

Justeru, Najib yang kini popular dengan fenomena 'Bossku' tidak melepaskan peluang untuk memulangkan paku buah keras kepada Khalid.

Kredit foto: Facebook

Para netizen yang turut menerima tempias daripada situasi ekonomi tidak menentu menyokong kenyataan Najib malah ada di antara mereka yang menyifatkan era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu merupakan zaman yang menggembirakan untuk rakyat.

Kredit foto: Facebook

Seorang netizen pula menyatakan, Khalid sepatutnya berasa malu kerana cuba mengeksploitasi prestasi kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke tempat ke-35 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia.

Kredit foto: Facebook

Ada juga yang berpandangan, rakyat Malaysia pada masa ini kurang gembira kerana terpaksa berdepan dengan krisis ekonomi, kenaikan harga barang, penjualan aset-aset milik negara dan peningkatan hutang negara.

Kredit foto: Facebook

Nampaknya menteri-menteri Kabinet PH perlu lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan mereka dijadikan sasaran kecaman  bertubi-tubi oleh 'tentera bawang Malaysia'. - CARI

5

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 22-3-2019 02:19 PM
Siapa anokharom yang undi anokharom khalid samad ini?

Quote CharlesDera 22-3-2019 02:21 PM
khalid samad ni amanah orangnya...mustahil dia tipu pasai isu kebahagiaan ni...wakakakakakakkakaka
Quote ninu 22-3-2019 02:40 PM
patutla aku rasa kurang bahagia skrg ni.huuuuu
Quote hussaini4675 22-3-2019 02:45 PM
Memang kes naya la. Pagi semasa berucap cakap malaysia nombor 35. Sekali petang keluar indeks terkini terus jatuh nombor 80. Malulah sangat bossku.
Quote palmolive 22-3-2019 02:46 PM
orang Shah Alam suka betul dia ni..
dari zaman duk dlm PAS smpai dalam PAN tetap menang
Quote akusukaq 22-3-2019 05:00 PM
palmolive replied at 22-3-2019 02:46 PM
orang Shah Alam suka betul dia ni..
dari zaman duk dlm PAS smpai dalam PAN tetap menang

kali ini kalu dia bertanding lagi pasti akan bungkus sbb orang s alam pun ramai yg dah hidup tertekan  dan tak happi
Quote hussaini4675 22-3-2019 05:07 PM
akusukaq: kali ini kalu dia bertanding lagi pasti akan bungkus sbb orang s alam pun ramai yg dah hidup tertekan  dan tak happi


Khalid sorang je yg happy kot.
Quote hussaini4675 22-3-2019 05:07 PM
akusukaq: kali ini kalu dia bertanding lagi pasti akan bungkus sbb orang s alam pun ramai yg dah hidup tertekan  dan tak happi


Khalid sorang je yg happy kot.
Quote keds 22-3-2019 05:20 PM
Patut ramai orang gila skrg.....{:question
Quote dinopower2 22-3-2019 05:26 PM
hussaini4675 replied at 22-3-2019 05:07 PM
Khalid sorang je yg happy kot.

tu mahacai dap tu happy je...
takde modal dok la dlm gua... ade isu lebai baru la terhegeh2 bkak thread haha
Quote palmolive 25-3-2019 11:11 AM
akusukaq replied at 22-3-2019 05:00 PM
kali ini kalu dia bertanding lagi pasti akan bungkus sbb orang s alam pun ramai yg dah hidup terte ...

ntah menang lagi next PRU..dekat nak PRU tetiba happy
Quote am2020 19-6-2019 04:50 PM
byk kawan2 aku dah menyosal..lagi2 mcm2 isu sekarang..nah amik ko..ingat lagi kata cai ph..ala kita try 5 tahun..x ok kita tukar la balik..masalah nyer baru setahun dah macam2 jadi..belum lagi 5 tahun...setahun pon rasa siksa..lagi nak tggu 5 tahun...
Quote Simunggu 20-6-2019 08:34 AM
berdoa yg terbaik utk negara & rakyat malaysia...
Quote kabukiman 20-6-2019 09:00 AM
Semoga najib masuk sg buloh selama2nya.

~koneghts
Quote relaxjek 20-6-2019 09:20 AM
PRU 15 kita nyahhh ph dari malaysia.. ameen...
Quote ifanonline 20-6-2019 09:24 AM
Kesan ketidakbahagiaan ini berlaku disebabkan duit rakyat banyak di songlap oleh kerajaan terdahulu. Kerajaan sekarang kena korek duit utk bayar hutang. Jadi kebahagiaan rakyat telah di cabuli oleh Najib dan kuncu2 nya.
Quote singajantan 20-6-2019 09:28 AM
seronok orang shah alam minum kencing khalid samad
Quote adila39 20-6-2019 09:32 AM
this new menteri is annoying and arrogant.
Quote rospinki 20-6-2019 09:45 AM
kesiannn...igt bhgia tu kaya cantik dan gaji besar je kot..manusia bertuhankan ig/smatfon etc..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.108063 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top