NIK NOR ERMIZA ROZANA menunjukkan gambarnya semasa menerima ijazah pada majlis konvokesyen UIAM pada 2010 di Besut, Terengganu semalam.
BESUT , 24 Sept - Selepas tiga tahun menganggur, siswazah kurang upaya yang memiliki ijazah berkembar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, bersyukur dengan tawaran kerja yang diterima daripada kerajaan negeri Terengganu Wanita berusia 32 tahun yang memiliki Ijazah Undang-Undang dan Syariah itu bakal berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat di Pusat Bestari.com di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) di sini.
Disahkan menghidap kerapuhan tulang sejak lahir, Nik Nor Ermiza Rozana dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini hanya memiliki ketinggian 100 sentimeter.
|
ADVERTISEMENT