Bukan satu perkara mudah bagi seorang wanita untuk kembali ke saiz zaman bujang setelah melahirkan anak, tapi hakikatnya inilah pengorbanan seorang ibu. Perkara ini diakui oleh pengacara Go Shop, Syakirin Husnal yang menulis panjang lebar di Instagramnya. "Selepas melahirkan anak, saya berasa sedih melihat betapa berubahnya badan saya sekarang. Saya terdesak untuk mencari diri saya yang 'dulu', sambil cuba mengenal pasti apa tarikan diri saya yang 'baru' ini." "Banyak baju saya yang dah tak muat, saya perlu perbetulkan gaya saya semula!" tulisnya.
Menurut Syakirin lagi, keyakinan dirinya pernah goyah apabila rakan-rakan di tempat kerja menjadikan isu badannya sebagai bahan jenaka. Malah mereka turut membandingkan dirinya dengan rakan lain yang lebih bernasib baik. "Saya diketawakan rakan-rakan di tempat kerja, ada yang cuba memberitahu bagaimana untuk hilangkan berat badan dengan cepat." "Dan rupanya? - mereka yg melebih-lebih tu kahwin pon belum, mengandung pon tak pernah.. banyak bunyi je. Yang lelaki pon sibuk lahai. Kau gf pon belum ada. Oh ya patutlah takde gf lagi, mulut puaka tebing biru." "Dan yang memburukkan lagi keadaan, segelintir rakan-rakan saya, (dan ya mereka juga terkenal) mempunyai genetik yang bagus, mereka kembali kepada berat asal sebelum mengandung dalam berapa? Beberapa minit? Hahahahaha Dan saya dibandingkan dengan mereka dalam setiap perkara. Uuugghh."
Syakirin mengakhiri perkongsiannya dengan kata-kata semangat kepada kaum ibu sepertinya. "Kawan-kawan saya bertuah. Tapi saya juga bertuah! Saya dapat pengalaman merasa buntu, dan berusaha untuk sayangi diri sendiri. ." "Sebelum ini biasanya saya akan mengambil gambar wajah sahaja. Tapi sekarang saya dah tak kisah. Saya mahu semua ibu-ibu di luar sana tau yang, kita semua adalah normal! Kita adalah cantik!"
"Ya, kita mungkin gemuk sekarang. Tapi nilai kita jauh lagi besar dari saiz badan kita! Menyayangi diri sendiri adalah satu perjuangan. Dan kita pasti akan menang," tulisnya lagi. Syakirin mendirikan rumah tangga pada 23 November 2013. Hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faris Arriffin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Vea Khadija yang dilahirkan pada 18 Ogos lalu. Bagaimana ibu-ibu? Pastinya ada antara anda juga pernah mengalami perkara ini bukan? Moga perkongsian Syakirin ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada anda. Yang penting anak sihat, keluarga bahagia. Betul tak? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|