Seorang pelajar gred sepuluh di Pathum Thani Bangkok Sempat tukar gambar profil di Facebook sebelum membunuh diri. Mayat pelajar perempuan dari Sekolah Wat Phra Si Mhathat itu ditemui di dalam bilik rumahnya yang terletak di daerah Thanya Buri.
The Asian menyatakan, doktor mengesahkan yang dia sudah meninggal dunia dua jam sebelum ditemui. Polis memberitahu yang pelajar berkenaan telah menukar gambar profilnya dengan foto berlatarbelakangkan warna hitam dan tulisan putih. Mesejnya berbunyi, "Saya mohon maaf untuk segalanya. Mohon maaf kerana ia sudah terjadi begini. Maaf kepada yang ketinggalan. Maaf." Menurut Ketua Polis Prathunam Chulalongkorn, Pol Col Panyapat Dejchotepisit, sebelum kejadian, ibu bapa pelajar berkenaan ada memarahinya kerana dia sering menghabiskan masa di media sosial dan tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Mayat dihantar ke hospital Universiti Thammasat untuk bedah siasat. -CARI |
ADVERTISEMENT