Baru sejam yang lepas, chef selebriti yang terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengemas kini status akaun Instagram miliknya mengatakan perasaan terujanya dapat bertemu dengan Yang Mulia isteri kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ) iaitu YM Che Puan Khaleeda Bustamam.
Chef Wan yang kini sedang bercuti bersama temannya di Pulau Rawa, Johor bertemu dengan Che Puan Khaleeda dan sempat bergambar bersama. Gembira dapat bertemu Che Puan Khaleeda.. Tambah Chef Wan lagi, Che Puan Khaleeda juga seorang yang sangat merendah diri dan lebih selesa dipanggil Che Puan berbanding Tuanku. Sangat merendah diri dan lemah lembut.. Posting Chef Wan tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut memuji kecantikan dan sikap Che Puan Khaleeda. Baginda memang cantik luaran dan dalaman.. YM Che Puan Khaleeda berkahwin dengan DYAM Tuanku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ pada 24 Oktober 2014 dan telah dikurniakan dua orang anakanda yang masing-masing berusia 3 dan 2 tahun.-CARI
|
buapakperut: tmj ngn cw sape lg tinggi. gambar 2nd tu mcm hobbit
Cookingholic replied at 19-3-2019 08:35 PM
Panjang lg kan komen chef wan ni ala2 karangan spm. Dia ckp che puan yg whatsapp gambar ni sbb phone ...
Levespa replied at 19-3-2019 06:43 PM
dah makin slim ni nampak lawa pulak CPK
Cookingholic replied at 19-3-2019 08:47 PM
Panas jugak few comments dlm post tu. ada follower dia gurau2 tp chef terulung sentap sampai kelangi ...
dekmieDandy replied at 19-3-2019 05:49 PM
resort kat pulau rawa ni cmna nak booking yer, tengok CW punya review 200 je sehari murah tu sekali ...
ADVERTISEMENT