Teruk dihentam kerana isu membuka hijab, nama Emma Maembong memang panas menjadi bualan satu Malaysia. Tak lama lepas itu aktres ini senyap sahaja dan orang ramai pun dah mula reda dari kemarahan.
Posting terbaharu oleh kakak Emma iaitu Yaya Maembong memaklumkan yang aktres tersebut kini di Mekah untuk mengerjakan umrah dengan ayah tercinta. Emma juga ada memuat naik gambar di Mekah dengan kapsyen, "Ayoh".
Di ruangan komen ramai yang mendoakan Emma. Ada juga yang masih berharap agar dia terbuka hati dan kembali berhijab. Tapi tak kurang juga biadab dan mengeluarkan kata-kata kesat. Kata mereka tak takut ke kena balasan di Mekah sebab dah langgar perintah Allah sebelum ini? Iyalah orang Melayu kan sering disajikan dengan cerita balasan di tanah suci. Macam-macam balasan yang diceritakan akibat dosa yang dilakukan. Apa pun, doakan sahaja yang terbaik buat Emma. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|