Seorang ibu merayu bantuan orang ramai berikutan keadaan anaknya yang mengalami ketumbuhan di belakang badan. "Tolonglah sesiapa yang tahu cara merawat ketumbuhan anak saya ini,” kata Zariah Wahab, 39.
Menurut Harian Metro, ketumbuhan yang disedari sejak lahir itu semakin serius sejak sebulan lalu. Zariah dan anaknya, Muhamad Arshad Daniel Halim, 12, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua Musang. Difahamkan, suaminya, Halim Setapa, 49, meninggal dunia akibat penyakit hati dan usus sebulan lalu menyebabkan mereka hilang tempat berhantung. Katanya, ketumbuhan itu semakin membesar setiap hari menyebabkan Daniel sering menangis kerana kesakitan. "Malam tadi keadaan kesihatan Daniel amat teruk dan hampir sejam bermula 10 malam dia tidak sedarkan diri kerana terlampau sakit selain keluar darah banyak," katanya yang mendakwa Daniel sudah beberapa kali dibawa ke hospital namun tiada jalan penyelesaian. Daniel pada mulanya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ II) dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. “Selepas berada di HUSM, doktor benarkan pulang kerana tidak boleh lakukan pembedahan dan tidak mahu tanggung risiko,” katanya. Tambah Zariah, dia tidak tahu sama ada anaknya itu boleh menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada akhir tahun ini atau tidak. Selain bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan, Zariah tiada punca pendapatan lain kerana perlu menjaga anaknya itu. Zariah juga perlu menyara dua anak yang bersekolah. Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Zariah Wahab di 01117800248 atau menghulur bantuan ke akaun Maybank 503042314686. - CARI
|
Malaysia.Doom: Tak boleh operate ke buang benda tu?
ADVERTISEMENT