"Kenapa nak takut kalau tak bersalah?" Haqiem Rusli mendedahkan tidak akan melaporkan kepada polis mengenai foto individu miripnya tidur bersama seorang wanita tular di laman sosial baru-baru ini.
Penyanyi berusia 21 tahun itu menegaskan bahawa foto berkenaan hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai cuba menjatuhkan imejnya. "Itu hasil suntingan. Pada mulanya, saya mahu membuat laporan polis, tetapi ibu menasihatkan agar saya biarkan saja. "Ibu nasihatkan saya kenapa nak takut kalau sayat idak bersalah dalam hal itu. Lama-lama perkara ini akan lenyap," katanya seperti dipetik dari mStar Online. Menurut Haqiem, dia tidak tahu siapa yang ingin menganiaya dirinya dengan menyebarkan fitnah itu. "Apa yang saya buat salah, saya sentiasa meminta maaf," katanya yang menegaskan kehadirannya dalam industri hanyalah untuk menghiburkan orang saja. - CARI
|
abbyhoney replied at 19-3-2019 03:58 PM
selalunya org kata kalau tak nak report tu sebenarnya takut kantoi ... bila report, polis akan siasa ...
abbyhoney: selalunya org kata kalau tak nak report tu sebenarnya takut kantoi ... bila report, polis akan siasat dan cari bukti, betul ke tidak gambar tu fake. M ...
giyomi replied at 20-3-2019 11:34 AM
ada aku kesah klu betul gmbar tu...pprt kepam so yesterday perasan top artis. mau dia depresi lg klu ...
abbyhoney replied at 19-3-2019 03:58 PM
selalunya org kata kalau tak nak report tu sebenarnya takut kantoi ... bila report, polis akan siasa ...
ADVERTISEMENT