Mungkin ada yang sudah perasan yang pelakon dan pengacara jelita lagi bergaya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta sudah mula menggayakan pakaian yang lebih sopan dan longgar sesuai dengan imej sebagai seorang muslimah.
Ianya sememangnya merupakan azam baharu Che Ta untuk berubah ke arah kebaikan semenjak awal tahun lagi. Menerusi laporan mStar Online, Che Ta mengatakan yang dia mahu mengubah fesyen nya ke arah yang patuh syariah berbanding dengan sebelum ini yang hanya sekadar memakai tudung tetapi mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk badan. "Saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna," ujar Che Ta seperti yang dipetik daripada mStar Online.
Tambah Che Ta, dia tidak mahu sekadar membalut aurat dan perlahan-lahan mahu ke arah yang lebih baik dan berharap akan dapat istiqomah. "Saya tidak mahu sekadar 'balut' aurat," ujar Che Ta sambil mengakui bahawa dosa membalut aurat dengan tidak menutup aurat sama sahaja. Kata ibu kepada 3 anak itu lagi, segala perubahannya bukanlah dilakukan secara mengejut tetapi hasil daripada pengaruh keluarga dan rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna disamping usahanya dalam mendalami dan mempelajari ilmu agama demi untuk memperbaiki diri.
|
she: Poyo jahhhhAcah tudung tutup dada tapi kaki mengerekot pose lentik mendada masih tersiar juaaaaYihhh
ADVERTISEMENT