CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Asrama Perlu Dipantau Atau Dihapuskan?

24-9-2013 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20820| Komen: 150

Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

‘‘Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang ‘jambu’. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.

‘‘Walaupun ia normal, namun perkara itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan ‘sentuhan fizikal’," katanya.

Azizan merupakan moderator muzakarah pakar bertemakan LGBT: Cabaran dan Penyelesaiannya anjuran (IKIM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sambil merujuk pembentangan kertas kerja Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj bertajuk Memahami Isu Gender-LGBT: Perspektif Perubatan dan Biologi.

Dalam kertas kerja itu, Harlina Halizah berkata, tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa, namun ia tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh ibu bapa dan pihak sekolah kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam selain mengubah orientasi seksual kepada homoseksual kekal.

Menurut Azizan, kes-kes sedemikian kebiasaannya sukar dikesan oleh ibu bapa kerana remaja yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang pernah diliwat, malu untuk memberitahu perkara sebenar.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 24-9-2013 12:46 AM
apsal la perangai rakyat Malaysia ni seko2 macam haram.

Quote jazaa 24-9-2013 12:52 AM
chazey posted on 24-9-2013 12:46 AM
apsal la perangai rakyat Malaysia ni seko2 macam haram.

Memang dari duluk lagi......
Anwart tu pun dari MCKK kan......


Quote chazey 24-9-2013 01:07 AM
jazaa posted on 24-9-2013 12:52 AM
Memang dari duluk lagi......
Anwart tu pun dari MCKK kan......

aku tak kata pasal LGBT.

aku kata pasal prof ni ha sesuka hati dia jah kata asrama tempat golongan LGBT membiak kemudian nak minta KPM pantau bagai. ya ampun. cakap senang la. try soh prof ni jadik warden sangat tengok senang ka tidak nak pantau bebudak. nak halang bebudak daripada tak merokok curi2 pun bukan main susah, inikan pula nak halang meka berLGBT?

lagipun walau dihapuskan semua ummah LGBT di muka bumi ini, itu tak menjamin takkan ada kesinambungan legasi mereka melalui generasi baru yang akan lahir.

fenomena LGBT memang membimbangkan; tapi jangan la tuding jari pada satu pihak ja kemudian kata meka la penyebab lahirnya golongan LGBT. ya ampun. aku dok asrama dulu takda pun aku jadi lesbian. sebab tu aku percaya lahirnya naluri unntuk menjadi LGBT dalam diri seseorang individu ini bermula dari rumah, bukannya sekolah. so check la diri sendiri atau adik beradik ka keturunan sendiri ka kalau LGBT wujud dalam keluarga kita; sebab biasanya kalau anak kita gay ka lesbian ka, mesti ada salah sorang ahli keluarga kita yang juga gay atau lesbian samada terang2 atau dalam lemari.



Quote unhas 24-9-2013 01:18 AM
jazaa posted on 24-9-2013 12:52 AM
Memang dari duluk lagi......
Anwart tu pun dari MCKK kan......

member aku punya bapak dulu satu batch ngn anwar masa kat mckk. dia cakap waktu kat mckk dulu anwar bukan seorang gay mahupun biseksual.tiada kes atau kecenderungan anwar untuk menala jxbx pelajar lain.

p/s - sekadar info. takde niat politik.
Quote RatuDunia94 24-9-2013 01:23 AM
chazey posted on 24-9-2013 01:07 AM
aku tak kata pasal LGBT.

aku kata pasal prof ni ha sesuka hati dia jah kata asrama tempat golon ...

setuju sangat!
iols pon dulu boarding school.. and kebanyakan kawan2 LGBT ni mmg dh ada perasaan tu sejak dr rumah!
sekolah tu bukan tempat melahirkan cuma platfrom je.. so x payah le salahkan sekolah..

even kat sekolah harian pun ramai je LGBT dlm selimut!

Quote jazaa 24-9-2013 01:23 AM
unhas posted on 24-9-2013 01:18 AM
member aku punya bapak dulu satu batch ngn anwar masa kat mckk. dia cakap waktu kat mckk dulu anwa ...

Iya ke....
Yg bgtau aku dulu dia kat situ lg memang dah dpt gelaran jamboo.....
Quote sueism 24-9-2013 01:26 AM
Bukan ke punc Dari rumah? Tak mungkin bila Masuk asrama terus Jadi lesbian ish ish ish
Quote unhas 24-9-2013 01:28 AM
jazaa posted on 24-9-2013 01:23 AM
Iya ke....
Yg bgtau aku dulu dia kat situ lg memang dah dpt gelaran jamboo.....

aku tak tahu. but that is what i'd been told. anwar ngn dia(bapak member aku) satu batch.
Quote jazaa 24-9-2013 01:37 AM
sueism posted on 24-9-2013 01:26 AM
Bukan ke punc Dari rumah? Tak mungkin bila Masuk asrama terus Jadi lesbian ish ish ish

Jarang yg sekolah harian terbabit dgn benda ni semua......kecuali budak2 yg terdedah dgn pilem porno tak di pantau mak bapak.....
Masa aku mula2 masuk asrama dulu, macam2 terms yg aku jumpa yg tak pernah dgor kat sekolah harian.....


Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2013 01:44 AM
Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.
‘‘Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang ‘jambu’.
‘‘Walaupun ia normal, namun perkara itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan ‘sentuhan fizikal’," katanya.

tertarik dengan sesama jantina ..
fenomena biasa? normal ke?


tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan perkara biasa

rasa nya lelaki kalau betul2 lelaki sejati .. tak kan ader nyer sekelumit pun perasaan tertarik sesama jantina ni

setuju dengan @chazey

sebab tu aku percaya lahirnya naluri unntuk menjadi LGBT dalam diri seseorang individu ini bermula dari rumah,






Quote purpledesire 24-9-2013 10:22 AM
dunia akhir zaman mmg cmnie..segala jenis dan bentuk maksiat boleh berlaku..

Quote asher 24-9-2013 10:26 AM
giler tarikan sesama jantina perkara biasa..kot dia la tu rasa mcm tu..aku x pernah pun minat sesama jenis..gila sungguh..
Quote gaara_X 24-9-2013 10:27 AM
otak ore nie tak sama......susah juga kan????
Quote Nash^Roy 24-9-2013 10:29 AM
ramai je member aku sekolah asrama penuh.. dok asrama.. takde pun jadi jantan lawan pedang sesama sendiri.. bodo punya teori..
Quote fire_place 24-9-2013 10:30 AM
Aku kan dulu sekolah agama,kiranya sekolah arab lah.
Ala2 madrasah gitu.
Mmg xmustahi pun.
Dulu ada sorg akak ni suka tido sekatil dgn junior.
Satu selimut,peluk2.hingga mandi sama.
Pastu ketu asrama pun meluat..kita yg dgr cara dia bgurau pun lg nak muntah.
Jd dipisahkan bilik.
Quote sitisitu25 24-9-2013 10:39 AM
aku rasa aku duk asrama baru jd org..siap wajib hafal yasin lg time sekola..disiplin kaw2 punya..langgar peraturan kene berdiri dpn student lain time roll call..malu kot..aku rs, kalau aku x duk asrama dulu..sampai skrg aku xleh berjauhan x pandai berdikari kot..

br berangan nak anta anak2 aku suh masuk hostel gak..learn to live without parents..mak bapak bukan smpi bila2 ada ngan kita..
Quote pyropura 24-9-2013 10:40 AM

selain jadi pusat ternakan LGBT, sekolah serama ni banyak keburukan2 lain...on paper memang cantik misalnya dapat beri kemudahan, berdikari dll, tapi on the ground semua hancuss & hampeh...kalau nak buat jugak serama, buat ikut konsep boarding school kokesen kapir lehnat....
Quote adnil 24-9-2013 10:52 AM
skolah aku dulu skola campur - gay aku tak perasan lak, tapi pengkid, lesbo ni ada jer.. siap buat "keje" tu lagi kat umah sekor nih.. bkn sbb asrama total la...
tapi tak mustahil la kalau perhubungan tu terlalu mesra dan tak dicantas awal..
Quote Mizzsued 24-9-2013 11:39 AM
Hmm.. Unfair la kalau nak salahkan sekolah asrama jadik breeding ground for LGBT!! Kami2 yg penah sekolah berasrama ni selamat je takde penah ada pun kecenderungan nak suka sesama jenis! Syiok gitu2 pun tak penah! Siap gedik2 lagi kat budak laki yg sure dok perati kitorang dr asrama depa!!

Tah haper2 la study prof ni!

Habis tu kalau sekolah berasrama dimansuhkan, camno nak lahirkan pelajar2 atau belia or anak2 yg boleh berdikari? Yg boleh bergaul dgn lebihbramai kawan from different backgrounds? No wonder la budak2 sekarang banyak nya yang lembik, manja tak bertempat, and tak independant!!

Ultimately,it all comes down to household environment, and didikan moral sejak awal lagi dan didikan agama! Kalo kukuh didikan anak2 tu, tak kira la cabaran apa pun, insya Allah diorang boleh atasi...

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.190505 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top