Kita selalu mendengar cerita penyewa sukar mencari rumah kerana pemilik mengenakan kadar sewa yang tinggi atau memilih kaum tertentu. Ada juga berdepan dengan tuan rumah yang cerewet dan terlalu banyak peraturan.
Bagaimanapun kisah kali ini berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh seorang tuan rumah berdepan dengan 'penyewa dari neraka'. Seorang netizen yang hanya dikenali dengan nama Puan Suraya memuatnaik gambar-gambar apartmen miliknya di Setia Alam, Shah Alam. Menurutnya, penyewa yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan banyak kelengkapan dan bahagian rumahnya termasuklah tombol pintu dan memecahkan jubin lantai. Bukan itu sahaja, rumahnya ditinggalkan dalam keadaan kotor penuh sampah dan najis kucing di semua sudut bilik. Kerana terlalu geram dengan keadaan itu, beliau kemudiannya telah mengarahkan penyewa itu keluar serta-merta. Bagaimanapun, penyewa itu enggan keluar sehingga beliau terpaksa meminta campurtangan pihak berkuasa. Lebih malang lagi, penyewa tersebut juga tidak membayar sewa rumah dan bil utiliti yang tertunggak selama empat bulan! Menurut Puan Suraya, beliau telah mengingatkan penyewa tersebut beberapa kali tetapi banyak alasan diberikan. Antaranya menanggung kos pengebumian adik lelakinya, membayar hutang along abangnya, masalah bank, dan gaji sekadar RM2300 yang tidak cukup untuk perbelanjaannya. Susulan perkongsian Puan Suraya, ramai netizen meluahkan rasa simpati mereka. Ada juga yang meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman yang sama. 'Penyewa dari neraka, rumah puan kini nampak macam tongkang pecah' kata seorang netizen 'Kesian puan, rumah dah tak nampak cute seperti asal' kata seorang lagi. Bagaimanapun ada juga netizen yang menasihati Puan Suraya supaya menjadikan ini sebagai pengajaran. 'Lain kali, kita kena siasat dahulu latar belakang penyewa rumah' kata netizen tersebut. Tentunya satu pengalaman yang memanaskan hati bagi seorang tuan rumah. Pernahkah anda mempunyai pengalaman seperti ini? Kongsikan. - CARI |
6
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 18-3-2019 11:38 AM
sanggup tunggu sampai 4 bulan baru suruh keluar?
i 2 bulan je pun dah buat report polis suruh dia k ...
Sang_Pencinta replied at 18-3-2019 11:57 AM
Mungkin dalam 4 bulan tu dia tak dapat masuk rumah sewa
Lepas penyewa keluar baru nampak keadaa ...
ADVERTISEMENT