Penduduk di sebuah kawasan di Jawa Timur sanggup berpindah ke tempat lain disebabkan berita tentang kedatangan hari kiamat. Khabar angin tersebut telah mencetuskan rasa panik dan masing-masing bertindak menyelamatkan diri daripada ditimpa bencana.
Difahamakan seramai 52 penduduk di Kabupaten Ponorogo yang terepengaruh dengan khabar yang disebarkan menerusi Facebook itu telah berpindah secara beramai-ramai ke Malang. Ketakutan bertambah bila ada individu dikenali sebagai Katimun memberi amaran selepas dipercayai pulang dari menuntut ilmu agama. Katimun juga meminta penduduk membeli pedang berharga 1 juta rupiah (RM286) untuk persediaan mempertahankan diri. Seorang penduduk, Bupati Ponorogo Ipong Muchlissoni berkata, mereka berpindah sejak sebulan lalu kerana bimbang dilanda kiamat. “Ya betul perkara itu, namun mereka berpindah sejak sebulan lalu. Dua bulan lalu, seorang individu bernama Katimun baru pulang dari menuntut ilmu dan dia mempengaruhi penduduk dengan menyebarkan khabar angin itu dari rumah ke rumah. “Dia memberitahu bahawa hari kiamat sudah semakin dekat dan perlu mengikut ajaran dibawanya supaya terlepas daripada hari kiamat. Dia turut menjual barangan kepada kami sebagai bekalan di akhirat atau dibawa ke pondok.” -CARI |
7
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
orgsepang replied at 15-3-2019 11:04 AM
Kasihan ada nak gelak pun ada
ADVERTISEMENT