CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Mas, 72 Dokong Suami Oku Dari Terbakar!

24-9-2013 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3956| Komen: 11


HARUN melihat keadaan rumah yang hangus di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam, semalam

KLUANG , 24 Sept : Seorang warga emas, Misnah Tabri, 72, bagaikan mendapat kuasa luar biasa dengan mendukung suaminya, Harun Badar, 78, yang kudung kaki kiri dan membawanya keluar dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam di sini, jam 11.15 malam semalam.

  Ketika kejadian, pasangan warga emas itu tinggal berdua di rumah  selepas anak bongsu mereka, Fauzi, 38, yang bekerja sebagai mekanik di bengkel membaiki kenderaan  berada di Johor Bahru.

  Menurut anak ketiga daripada empat anak pasangan berkenaan, Nizam, 48, ibunya terdengar jeritan jiran memberitahu rumah mereka terbakar.

  “Api mula merebak ke bilik tidur. Ibu mendukung bapa keluar dari rumah melalui dapur sebelum berlindung di rumah jiran.

  “Api merebak pantas dan  10 minit kemudian, rumah hampir hangus. Mereka bertiga tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

  Nizam berkata, sebahagian rumah berusia lebih 10 tahun itu dibina menggunakan papan menyebabkan api marak dengan pantas.


  Katanya yang bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Hassan Yunos, Renggam, ibu bapanya serta Fauzi kini menumpang di rumah adik tirinya, Hamidah Ahmad, 40-an, yang juga anak Misnah hasil perkahwinan terdahulu.

  “Kerugian dianggarkan RM50,000, tetapi kami bersyukur kerana ibu bapa terselamat,” katanya.
  Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Mohamad Adam berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 11.17 malam.

  “Kami tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian dan ketika itu, 90 peratus daripada rumah berkenaan sudah hangus.

  “Api dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 24-9-2013 09:50 AM
kadang2 bila mala petaka mcam nie berlaku kita ada inner strength kita
Quote nw111 24-9-2013 09:58 AM
Nizam umor 48, anak ketiga pasangan itu, adik tiri hamidah umor 40an, hasil perkahwinan TERDAHULU
ibunya..
Camne tu, pening aku nak paham..
Quote haryatie 24-9-2013 09:59 AM
kdg2 bila da terdesak kekuatan tu dtg dgn sdiri
per lagik utk org yg kita syang..
Quote purpledesire 24-9-2013 10:09 AM
Innallilah..tp kan terharunye rase bila tgk makcik nie sanggup dukung suami dr jd mangsa kebakaran..
Quote gaara_X 24-9-2013 10:10 AM
Semua ini adalah kekuasaanNya.....
Quote shakirajefrydin 24-9-2013 10:35 AM
bila dlm bahaya semua tenaga naik sebab kita cemas.. berani or xbrani jek..
Quote asher 24-9-2013 10:38 AM
every human being ada tenaga yg power tersimpan..bila keadaan memerlukan dia akn muncul..tp kalo pandai explotasi bleh jadi ultraman..superman..mahupun gaban..
Quote rosasa 24-9-2013 10:40 AM
cinta ... dari sana la kot kekuatan tu dtg
Quote PerKasa 24-9-2013 11:01 AM
nw111 posted on 24-9-2013 09:58 AM
Nizam umor 48, anak ketiga pasangan itu, adik tiri hamidah umor 40an, hasil perkahwinan TERDAHULU
  ...

jgn pening2 hidup biar senang
Quote nw111 24-9-2013 11:04 AM
PerKasa posted on 24-9-2013 11:01 AM
jgn pening2 hidup biar senang

Lately makin ramai reporter tak berkualiti..
Editor pulak tidor gamaknya..
Quote nurfariezza 24-9-2013 11:19 AM
asher posted on 24-9-2013 10:38 AM
every human being ada tenaga yg power tersimpan..bila keadaan memerlukan dia akn muncul..tp kalo pan ...

hahaha...mcm 2 i nk try la...
mne tau i ni di lahir kn sbgai ironwoman...ekekek

btw, takziah kpd mgsa kebakaran....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.136505 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top