Rumah Mayat Roy Mizell & Kurtz Funeral Home cuba melakukan penipuan dengan menukarkan mayat seorang nenek dengan jasad individu lain bagi menutup kesalahan mereka.
Perkara tersebut disedari oleh ahli keluarga semasa mereka mahu mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada mendiang. Metro UK melaporkan, ahli keluarga mendiang nenek yang mendapati bahawa jasad di dalam keranda tidak mempunyai tahi lalat seperti mendiang nenek, Norma Newman telah bertanyakan tentangnya kepada pihak pengurusan. Jawab mereka, "kami sudah tutupnya dengan solekan". Tidak mempercayai kerana tahi lalat Norma adalah sukar untuk ditutupi, ahli keluarga turut mendapati bahawa jari kaki Norma yang sepatutnya ada empat tiba-tiba cukup lima.
Yang paling utama, ahli keluarga merasa risau kerana tidak tahu di mana kewujudan mayat tersebut. Enggan mengebumikan jasad yang bukan ahli keluarga mereka, adik mendiang Norma memohon penjelasan daripada rumah mayat tersebut. Mengakui mereka sendiri tidak tahu di mana mayat mendiang Norma, ada sumber mengatakan bahawa mungkin mayat mendiang sudah tertukar dengan keluarga yang turut menguruskan kematian dan upacara pengebumian dengan rumah mayat berkenaan awal bulan ini. -CARI
|
ADVERTISEMENT