Perang agama nampaknya masih lagi belum berakhir. Dunia dicemari dengan perasaan benci-membenci antara kaum dan agama berlainan. Sampai bilakah kita akan berbunuhan hanya kerana berlainan agama dan bangsa?
Hari ini, bumi New Zealand digemparkan dengan insiden tembak beramai-ramai di Masjid Al-Nour, Christchurch pada hari berhimpunnya umat Islam untuk solat Jumaat. Kejadian ini dirakamkan sendiri oleh pelaku yang dikenali sebagai Brenton Tarrant, seorang lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Australia. Dia memuat naik 'live' video kejadian tembak yang bermula dari pintu hadapan masjid sehinggalah ke ruangan dalam masjid. Gambaran aksi di dalam video yang berdurasi selama 17 minit tersebut menyamai aksi tembak seperti di dalam video permainan, setiap orang yang dilihat di hadapannya ditembak menggunakan senapang. Seramai 9 hingga 27 orang dijangka terkorban. Namun, pihak berwajib memohon agar penyebaran video itu dihentikan demi menjaga hati ahli keluarga mangsa. Saksi yang berada di tempat kejadian menggambarkan penembak itu memakai sepasang uniform, dan mengikat gulungan majalah yang tebal di sekeliling kakinya. Menurut saksi juga, terdapat 30-40 das tembakan dilepaskan oleh penembak. Wanita dan kanak-kanak bergelimpangan dilumuri darah di dalam masjid dan di atas jalan. Ia merupakan suasana yang paling hiba. Salah seorang mangsa menceritakan dia mendengar penembak itu mengisi peluru sebanyak tiga kali dan menembak ke semua arah. Namun, dia bernasib baik kerana sempat merangkak ke luar tingkap yang telah dipecahkan oleh orang lain untuk menyelamatkan diri masing-masing. Mereka semua bertempiaran lari, namun ramai yang berjaya ditembak oleh lelaki durjana itu. Sementara itu, kejadian sama turut berlaku di sebuah lagi masjid namun pihak polis masih belum dapat mengenal pasti adakah ia dilakukan oleh pihak yang sama dan adakah lebih daripada seorang penembak terlibat dalam kejadian itu. Justeru, polis mengarahkan agar semua masjid di New Zealand dikosongkan hari ini kerana dikhuatiri penembak itu akan memburu kesemua masjid. Seluruh rakyat New Zealand bersimpati dan bersedih dengan insiden yang berlaku. Populasi Muslim di New Zealand hanya 1% dan kejadian tembak-menembak ini sangat mengejutkan kerana New Zealand ialah sebuah negara yang aman dan bebas dari diskriminasi kaum dan agama. Kejadian ini turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Christchurch, khususnya pelajar-pelajar universiti yang dikhuatiri turut berada di dalam masjid itu sewaktu kejadian. Terkini, seorang mangsa dikenali sebagai Tarmizi dari Malaysia, sedang mendapat rawatan di hospital akibat ditembak dua kali di belakang badannya. Pihak kedutaan Malaysia di Wellington mengesahkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia yang berada di lokasi berkenaan ketika kejadian. Kemungkinan ramai lagi yang terlibat. Justeru, sesiapa yang mempunyai keluarga dan kenalan di Christchurch diminta untuk menghubungi mereka bagi memastikan mereka selamat. Semoga keluarga kesemua mangsa bunuh diberi ketabahan untuk menghadapi kehilangan ahli keluarga tersayang. Takziah buat seluruh umat Islam New Zealand! - CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT