Seragam loreng digital baru dipakai berperingkat 21 September 2013 Seragam loreng 'digital' ATM. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Pakaian seragam terbaru 'loreng digital' bagi menggantikan celoreng lama pada uniform sekarang akan diperkenalkan kepada semua unit tentera secara berperingkat, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Beliau berkata, pasukan pertama yang akan dibekalkan seragam bersifat digital itu ialah unit-unit kombat tentera darat, diikuti unit-unit sokongan lain. Menurutnya, pertukaran itu akan mengambil masa beberapa tahun kerana stok pakaian lama tentera darat masih banyak. "Mungkin tidak lama lagi, loreng digital ini akan turut dipakai oleh unit-unit yang sesuai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). "Buat masa sekarang hanya elemen dalam tentera darat yang memakainya," katanya kepada pemberita selepas perarakan sempena ulang tahun ATM ke-80 di Dataran Merdeka hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir menyaksikan perarakan bertemakan 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'. Zulkifeli berkata, kenderaan tempur dan utiliti tentera darat akan mula dicat dengan corak digital sebaik warna cat pada kenderaan itu luntur akibat faktor cuaca dan pengunaan lasak. Cat-cat digital pada kenderaan tentera diguna pakai buat pertama kali ke atas kenderaan peninjau tentera, Ferret Scout Car dan dipamerkan hari ini di Dataran Merdeka. Sementara itu Hishammuddin melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ATM dan berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk veteran tentera. Beliau mahu melihat agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang dilaungkan perdana menteri turut melibatkan golongan veteran itu. - Bernama
|
2
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura posted on 23-9-2013 10:47 AM
...cer perhatikan 2 abe asokar sebelah kiri tu, lusuh sangat unipom nya kan, ini burmakna kroni ya ...
cript_ariff posted on 23-9-2013 09:45 AM
sory nk tny, sy ni kurang ariff ckit. ape mksd kaler digital? ape klbihannya?
pyropura posted on 23-9-2013 10:47 AM
...cer perhatikan 2 abe asokar sebelah kiri tu, lusuh sangat unipom nya kan, ini burmakna kroni ya ...
shamsadis posted on 23-9-2013 11:02 AM
oi vongok2...baju tue lusuh sebab baju 'lama' dol...baju lama bagi diaorang 'otai' dol ...tak pern ...
ADVERTISEMENT