Makhkamah Rayuan Putrajaya telah bersetuju untuk menyambung perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga Jumaat ini. Peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah menangguhkan kes akibat kecederaan pada tangan. Shafee juga berkata "Anjing melompat ke tangan saya" kepada panel tiga anggota iaitu Zabariah Mohd Yusof, Lau Ben Lan dan Rhodzariah Bujang. Shafee berkata kesakitan memerlukan rawatan perubatan. Peguam Negara, Tommy Thomas tidak setuju perbicaraan ditangguhkan walaupun beliau berasa simpati pada Shafee. Thomas juga berkata "Saya faham peguam bela ada masalah, tetapi disisi lain kami di bawah pengawasan mengapa perbicaraan ini tidak bermula". Najib berdepan tujuh tuduh pecah amanah jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram RM42 juta daripada 1MDB.-CARI
|
wana89 replied at 13-3-2019 10:51 AM
Berapa banyak benang da..
Kot ye pun excited sangat najib naik court..bukak satu udah ler..
Mod @ ...
ADVERTISEMENT